Sunday, October 30, 2011

Ibadah Korban ( part 3 )

HUKUM DAGING QURBAN

1) QurbanWajib danQurban Nazar :
Bagi daging qurban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib
disedekahkan kesemuanya. Haramke atas orang yang berqurban itu memakan daging tersebut.
Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia
menyembelih semula yang lain.

2) Qurban Sunat :
Bagi daging qurban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya qurban memakan
sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta’ala dalamSurah al-Haj ayat 28:

Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang
sangat fakir.
Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging qurban sunat itu kepada golongan
fakir danmiskin yang beragama Islamdalamkeadaanmentah lagi basah (belumdimasak).6
Adalah Afdhal jika yang empunya qurban itu hanya mengambil sedikit daripada daging qurban
berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan
akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau
menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
Jika daging qurban itu ialah qurban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal
dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat qurban untuknya dan tidak
boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
Harammenyedekah ataumenghadiahkan daging qurban kepada orang kafir walaupun sedikit.
Begitu juga tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum
zakat. Haramjuga hukumnya ke atas orang yang berqurban atau warisnya menjual daging qurban
itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang qurban itu sebagaimana sabda
Rasullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam yang bermaksud "Siapa yangmenjual kulit qurban (udhiyyah)
itumaka tiada dikira qurban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
Begitu juga halnya, haram menjadikan kulit dan daging binatang qurban itu sebagai upah
kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

No comments:

speechless (How to help someone who is grieving)

Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...