Tuesday, August 14, 2012
Rezeki di Bulan Ramadhan
Alhamdulillah, hari ini sudah 25 hari umat islam menjalani ibadah puasa..syukur juga sebab saya dapat menjalani ibadah puasa tanpa masalah..setakat demam2, pening2 tu biasalah..berat badan pun turun 3 kilo.kekeke!bolehlah daripada tiada..Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang mempunyai banyak kelebihan.Antara kelebihannya ialah:
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,
Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala
meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,
maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis
riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
(sumber: http://tadika.mytadika.com/pdf%20files/fadhilat%20ramadhan3.pdf )
Begitulah antara kelebihan bulan ramadhan...bagi saya pula, saya bersyukur sebab rezeki melimpah ruah semasa bulan ramadhan ni..alhamdulillah..tiba2 macam2 tunggakan pula dapat..bonus raya lagi..alhamdulillah :) selamat berpuasa semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
speechless (How to help someone who is grieving)
Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...
-
Hello everybody..apa khabar? how are you?..Have you heard of Agnes Keith before?Siapa itu Agnes Keith? Beliau adalah penulis buku 'Land ...
-
Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tenta...
-
Hari ni, kebetulan pula kami turun kat Tamu Kota Belud..Ehhh..unduk ngadau lagi???yaa..snap snap lagiiii..walaupun hanya separuh sahaja yang...
2 comments:
selamat menyambut hari raya dari kakain..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...maaf zahir dan batin..
Syukur Alhamdulillah.....:)
Post a Comment