Showing posts with label Kg. Takulung. Show all posts
Showing posts with label Kg. Takulung. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Taman Bombon Kg. Takulung, Kota Belud

Hi semua..apa khabar??for me, so far, emmm..of courselah lebih baik dari tahun 2015 kan?hopefully InshaAllah..oklah straight to the point, hari ini saya nak bercerita tentang satu tempat yang aman damai dan jauh dari pembangunan dan pencemaran..opppsss...jauh dari pembangunan tu yang 'mahal'..tapi it's ok..kampung sahaja yang jauh dari pembangunan tetapi masyarakat dan penduduk setempat sudah jauh kehadapan dan boleh dikatakan ramai yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing..proud of them!..ok..rasanya saya pernah masukkan entry pasal kampung Takulung ni back in year 2009 dibawah label : Kg Takulung...feel free to tgk balik entry i 6 tahun yang lalu tu yer..hihi..ok let's talk abaout Taman Bombon Kg Takulung, Kota Belud ni..yang ini saya copy paste dari introduction Taman Bombon ini ya..

 Taman Bombon Kg. Takulung, Kota Belud, kini dibuka kepada semua pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman secara dekat dengan memberi makan ikan-ikan sungai yang liar tapi sangat jinak hingga boleh dipegang dengan tangan. Terdapat lebih daripada 10 jenis ikan air tawar yang hidup di dalam sungai ini. Kelah antara spesis ikan yang sangat jinak yang juga dikenali dengan nama Sada-sada dalam bahasa suku kaum Dusun kampung ini. Sebagaimana uniknya nama tempat ini, begitu juga dengan kekayaan flora dan fauna yang terdapat di sini. Jika bernasib baik dan memerhati dengan teliti, ada pelbagai jenis burung yang cantik-cantik dan jarang didapati di kawasan lain, apa tak lagi jika mempunyai teropong sendiri, berbahagialah bagi sang pencinta burung dan unggas. Terletak kira-kira 35KM dari pekan Kota Belud, ianya menjadi satu lagi tempat tarikan bagi daerah ini. Bagi mereka yg gemar meneroka tempat baru dan kehidupan kampung yang jauh daripada kesibukan kota, disarankan agar mengunjungi tempat ini. Disamping berpeluang memberi makan ikan-ikan yang jinak, pengunjung juga boleh bermandi-manda, berpiknik dan berBBQ di kawasan yang dikhaskan. Jika anda gemarkan aktiviti lasak, anda digalakkan membawa kelengkapan meredah hutan dan bukit berhampiran ditemani malim hutan kami. Tapak mendirikan khemah untuk bermalam ada disediakan dalam kadar sewa yang berpatutan. Untuk sampai ke tempat ini, penggunaan pacuan 4 roda amat digalakkan, dengan menikmati pemandangan indah bukit-bukau yg kehijauan, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam megah nun jauh menghiasi panorama.

  In English version pula 

Taman Bombon Kg. Takulung is now open for visitors to experience the excitement of feeding wild but tame fresh water fish close up and personal. There are more than 10 species of fish you will get to know with. The most friendly one called Kelah in bahasa, Sada-sada in local dialect. Not to mention our vast flora and fauna, if you are lucky and observant enough, you will find many beautiful and rare bird species passing by, binoculars are bestfriend for bird lovers. Located just under 35KM from Kota Belud Town, this add up to the list of 'place to go/visit' in the district. Those who enjoy exploring new places and kampung life, this place is recommended to go. Apart from feeding the fish, you also can do swimming, picnic & BBQ on the gazetted zone. If you are adventurous, you are welcome to conquer nearby hills with our local guide. Easily accessible, preferably by 4WD, enjoy the spectacular scenery along the way - The amazing hills and the majestic Mt. Kinabalu seen clearly from afar is just breathtakingly beautiful.

 wowwowowow...how about it?sounds interesting right???kalau mahukan info yang lebih lanjut, terus sahaja ke page facebook https://www.facebook.com/TakulungTamanBombonTaggal/ dan jangan lupa untuk likes fan page itu ya..let's support our local product...see you there....

Tuesday, September 22, 2009

Kampung Takulung







Hello everybody..Belum terlambat rasanya ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan blog saya ini..

Diruangan kali ini, aku ingin berkongsi sedikit cerita tentang sebuah kampung yang telah aku lawati baru - baru ini..Hehehe..bukan kampung orang orang lain..kampung aku juga bah! Kampung Takulung, Kota Belud. Sebenarnya ramai juga warga Kota Belud yang tidak tahu kedudukan kampung ni..yalah, sudahlah agak jauh dari pekan, jalan raya pun, boleh tahan adventurous nya..cuma sekarang jalan raya menuju ke kampung tu sudah baik kerana telah di aspalt..tapi belum siap 100 peratus..jalan raya dari kampung Lasau Podi ke Kampung Takulung..Ya ampunnn....Dmax putih adikku yang 4wd tu pun ' terbatuk-batuk..'nasib baik lah skill pemanduanku ini, ehemm..boleh tahan juga lah..( tapuji )tapi penat la..dah la tu..time puasa pulak..Tapi tak apa, aku, bapa dan mama ke kampung dengan misi yang tersendiri..iaitu menyampaikan sedekah kain2/baju2 terpakai kepada mualaf2 di Kampung Takulung dan Bolobog. Satu program usahasama antara YADIM dan USIA..Kesian bapa..sudahlah kurang sihat, diberi mandat untuk menyampaikan kain2 tu pulak..Tapi aku kenal dengan bapa ku..mustahil dia akan menolak. Ya seja kalau Atia'(bapa)...

Kain-kain dan baju-baju itu adalah sumbangan dari orang perseorangan. Terima kasih kepada Pn. manis Bariku ( makcik ku ) serta keluarga, Pn. Maimun serta keluarga ( mySis )dan Pn Jauyah ( mySis )kerana sudi menyumbangkan pakaian2 yang masih cantik-cantik dan difahamkan ada yang masih baru. Belum dipakai!

Sebaik sahaja kami sampai keSurau Kg. Takulung, ada sudah yang telah menunggu..lama kelamaan semakin ramai..Sebaik sahaja sampai masa pembahagian baju - baju, wanita2 yang hadir kelihtan sangat excited..Yalah..siapa yang tidak teruja melihat baju - baju kurung yang masih baru, kilat - kilat dan ber'bling2' dengan manik2..fuhh..macam suasana di kedai rombengan pula.huhu. cuma bezanya, dirombengan kena keluar duit..Emm..kebetulan juga kazen2 ku( anak makcik Manis) ni ramai perempuan..pandai menjahit pula tu..sentiasa mengikuti edaran fesyen semasa pula tu..Tidak hairan lah baju2 yang mereka dermakan tu, cantik-cantik belaka..baju2 mySis pun boleh tahan ber 'bling2'..silau mata i..Terdengar juga rungutan lelaki2, alaaa..banyak baju perempuan ja...Baju lelaki pula kebanyakkan adalah baju arwah Pakcik Soumin ( Suami makcik Manis ) yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lalu kerana Penyakit Kanser Pankreas..banyak lagi baju arwah yang masih baru dan belum sempat dipakai..Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Arwah Soumin Lamudin @ Abd. Yamin Abdullah. Amin..

Walaupun aku cuma 'transporter' kepada pakaian2 itu namun aku amat gembira melihat wajah - wajah ceria setelah menerima pakaian2 itu..Mungkin kalau Makcik manis dan mySis melihat reaksi gembira diwajah mereka, sudah tentu perasaan terharu akan hadir..Terdengar lagi kata2 seorang penerima pakaian2 itu..naa, ada sudah baju raya saya..bolehlah pakai esok....
Walaupun perjalanan amat penat dan aku dalam situasi kehausahan yang amat2 tapi aku tidak kisah..bila teringat pada wajah2 yang ceria dan gembira kerana telah mendapat baju untuk berhari raya, perasaan penat dan haus ku hilang...hanya yang tinggal, perasaan puas hati kerana dapat melaksanakan amanah yang diberikan ( walaupun jadi supir jer huhuhu)..
Sampai sini sahaja lah untuk kali ini..jumpa lagi di entri yang akan datang...bye..

Si Rumpang

  Hello Blog...how are you doing..i am good..thanks for asking..duiii perasan ada orang tanya...Gaissss ada saya mau cerita...hari tuuu, kam...