Tuesday, December 29, 2009

Azam Tahun Baru dan Kad Kredit

Saya rasa, ramai antara kita yang memiliki kad kredit, termasuk saya lah..haha..Saya mula memiliki kad kredit sejak mula bekerja iaitu 5 tahun yang lalu. Dan sejak itu la membayar kad kredit sudah menjadi rutin bulanan saya..aduh..memang tidak habis2 la..bila hampir2 mau habis, kad kredit tu kena guna balik dan begitulah pusingannya sehingga hari ini. Kalau satu kad, mungkin biasalah tapi kalau lebih dari itu???saya rasa hanya pemegang kad kredit sahaja yang memahami bagaimana pedihnya hati bila monthly statement datang..pelbagai caj dikenakan..kalau baki dibawah 1K mungkin tidak terasa sangat tapi bagaimana jika baki lebih dari itu??
Di tahun baharu yang mulia ini, azam baru adalah dengan menghindari penggunaan kad kredit!! Say NO to credit card!!dan saya juga mengikuti saranan sis sy..ko gunting jak kredit kad ko tu…baru lah dapat disiplin. Hahaha..i try lah sis..sudah saya gunting separuh dari kad kredit saya..tapi tidak semua, in case ada emergency..kan kan..kalau tahun2 yang lalu, azam baharu asyik kasi kurang berat bada ja..tapi tidak kurang2 pun..bertambah, adalah, bagus saya tukar pula tahun ni!2010……here I come….Happy New Year y’all…

Wednesday, December 23, 2009

...

salam...emm semenjak dua menjak ni, mood saya untuk blogging agak menurun sedikit..don't know why..well, tinggal seminggu lagi untuk tahun 2009 melabuhkan tirainya..punya sekejap saya rasa..macam baru ja kami sambut new year hari tu..
well, hari ni saya hantar kereta pegi kedai aksesori..modified?noo..just mau repair handle pintu yang rosak dan beberapa kerosakan yang lain..lepas pekerja tu check, handle kena tukar, central lock untuk empat2 pintu kena tukar..terbang la juga rm150. ok juga lah..yang penting alarm sudah boleh digunakan dan pintu dapat dibuka dengan senang...
cerita tentang kereta, saya baru meraikan ulang tahun kereta yang ke-4 pada 18 Disember. Happy Birthday my car..hehe..sudah 4 tahun kereta ni berbakti kepada saya..another 5 years to go..aiyoo..lamanya lagi..dan yang paling menyedihkan,kereta ni banyak kemek sana sini, cratches sana sini..cat tanggal sana sini..huhu sedihnya...ni baru 4 tahun, kalau 9 tahun, entah macamana kejadian..biasalah..keta buatan malaysia..badan keta ni pun punya lembut..orang bersandar kat pintu pun,kemek!aduh..terlintas juga dihati mau tukar kereta tapi macamana dengan keta lama?mungkin dah xda harga..kesian..Teringin juga mau modified, mekap sana sini,upgrade ckit..banyak gak kawan2 yang gila buat keta yang offer tolong 'pimp my ride'..hehe..yang penting fulus nya..kan kan..
Antara masalah yang saya hadapi sekarang, banyak sangat hasutan suruh tukar kereta..aduhh..godaan sana sini..kadang2 gatal juga hati tu mau tukar keta,kepada yang lebih memuaskan..apapun tengok budget lah..dan sampai sekarang pun masih ada yang menggoda suruh tukar keta baru..haha..oklah..sampai sini dulu..wassalam..

Sunday, December 13, 2009

jogging

Wah..hari ni tiba2 terbuka pula hati pegi jogging di Kompeks Sukan Kudat..Best juga sebab angin yang bertiup nyaman ja..baru lepas hujan kan..adalah 40 minit saya berjogging (most of the time,brisk walking ja)hehe..adalah keluar peluh sikit..kaki pun gatal2 (tanda tak fit dan banyak lemak )huhu..Harap2 lepas ni saya akan lebih rajin pi jogging...hehe..harap2 lah..

Monday, December 7, 2009

Periuk 1K ++

Tadi tengahari, saya sekali lagi mengikuti satu demontrasi masakan yang diadakan di unit sajian. Kali ni,dorang masak kek epal + kek coklat, rendang ayam dan pulut kuning..wow..bersemangat betul si pakar pemakanan ni promote periuk dia..periuk tu nama dia New Holistic Health Cookware..memasak secara sihat..tapi harga..amboii,,mahal oo..terus dia cakap, apalah nilai duit jika dibandingkan dengan nilai kesihatan..hehe..betul gak lah tapi bagi yang berpendapatan sederhana macam i ni, tak berapa nak mampu beli periuk mahal tuuu...di Cosway ada gak hampir2 sama design, fungsi,faedah, tetapi dengan harga yang sangat berpatutan..berbaloi - baloi lagi..yang paling penting, tak sampai 1K pun..hemmm..kesihatan memanglah sangat penting..health is wealth you know..tapi, sebagai pengguna, kita mesti bijak memilih..tetapi ini hanyalah pandangan saya secara peribadi..ada juga orang yang mementingkan harga..high price means high quality..its depend on the money at your wallet la yer..ramai juga lah yang order periuk tu..tak pa lah..saya beli yang kat Cosway pun cukuplah..memasak dengan sihat juga...hehehe

Sunday, December 6, 2009

Minyak Kelapa Dara

Semenjak dua menjak ni, saya seakan obsess dengan minyak kelapa dara. 1 hari kalau tidak minum, mencium baunya, letak di tangan ala2 losyen, memang tidak sah! Ntah la pulak kenapa jadi begini. Atau mungkin minyak itu saya beli dengan wang ringgit saya sendiri dengan harga RM30?mungkin juga....dulu pernah juga kakak saya beli minyak kelapa dara ni. Tapi i buat x layan jer..bau x sedap lah, itu la ini la...macam2 alasan..tapi sekarang?..Siap bawa kat ofis lagi buat bekalan..setiap kali balik dari wad, saya memang akan letak minyak kelapa dara di tangan..oklah..disini, saya mau kongsi sikit tentang khasiat minyak kelapa dara ni..hehe..selamat membaca..

MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia

Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:


  • 1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
    2. meningkat kadar metabolisma badan
    3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
    4. anti oxida semulajadi
    5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
    6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
    7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
    8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
    9. berupaya menurunkan berat badan
    10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
    11. membekal sumber tenaga dengan cepat
    12. melembab dan melembutkan kulit
    13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
    14. mengurangkan kesan keracunan makanan
    15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
    16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
    17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
    18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
    19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
    20. mengurangkan risiko dan kesan demam
    21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
    22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
    23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
    24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air


Monday, November 30, 2009

Tidak sanggup..

Tadi pagi, semasa menjalankan sessi terapi di wad lelaki, tiba2 lalu satu jeep polis dengan plastik hitam dibelakangnya...emm..saya sudah boleh agak..semestinya jenazah salah seorang mangsa bot karam yang baru ditemui...
masa on the way balik ke unit, sorang PPK bawa sy tengok mayat yang baru sampai di kamar mayat..mula2nya saya menolak..nda mau la..konon..last2 ikut juga...seram sejuk juga lah..tidak tau macamana dah rupa body tu..semasa menghampiri bilik mayat, satu aroma yang semua sedia maklum menusuk di hidung..awww...bercampur2 dengan aroma wangi, maybe strong perfume, khas..untuk mengatasi/mengurangkan bau2an..di tepi kawasan bilik mayat, ada beberapa lelaki sedang membuat keranda..ada 2 buah masa tu..zie, jum masuk..PPK tu mengajak..saya terpaku depan pintu...masuk..tidak..masuk..tidak...akhirnya...kaki saya pantas meninggalkan kawasan itu..i just can't tolerate the very strong smell..lagipun saya tidak sanggup tengok keadaan jenazah tu..ummm..nampaknya saya tiada bakat/keberanian untuk menjadi seorang wartawan..huhu..saya tidak boleh sampaikan berita..dengar berita boleh la...
masa tengahari, colleague saya, c dexter ada tengok post mortem tu..menurut beliau, jenazah tu ada yang dah terputus kepalanya..semua dah bloated...emmm..nasib baik tidak tengok..kalau tidak, mesti terbayang2 dan masuk dalam mimpi...oh nooo...
saya terus teringat kejadian 3 tahun yang lalu...saya ada juga tengok mayat mangsa rogol yang sudah reput...sampai sekarang masih jelas di ingatan keadaan mayat tu.....emmmm...apapun..takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat....Al-Fatihah...

Wednesday, November 25, 2009

cuci mata...






lama dah tidak letak gambar di blog ni..gambar kali ini adalah compilation dari aktiviti2 persatuan talasemia sabah cawangan kudat....ok i think thats all for today...theres more to come...tunguuu..

Tuesday, November 24, 2009

sedih..

Hari ni saya agak sedih..hari ini, saya menurunkan seorang pesakit dari katil ke kerusi roda untuk wheelchair ambulation di male ward..proses itu hanya dilakukan oleh saya dan anak lelaki pesakit itu yang berusia 19 tahun. Time menurunkan amai (pakcik ) itu agak susah juga sebab amai tu tidak dapat berdiri..berpeluh juga saya dan anak pskt tu..badan amai tu pun agak berat..berat ooo...setelah duduk di kerusi roda, anaknya pun bawa la amai tu bersiar2 sekitar wad...
Emm..kalau dah turun, mesti mau naik balik kan..aduii...problem betul..dah lah katil tu tinggi..tak sesuaiiiii..kalau katil tu rendah, memang tiada masalah..seorang ja yang buat pun okey..alamak..macamana ni..terpaksa buat 2 men lifting..seorang angkat bahagian atas badan dan seorang dibahagian bawah badan..berdasarkan ketinggian katil tu..emmm..agak payah juga lah..menurut anak amai ni, dorang menaikkan amai ni ke katil seramai 4 orang! sekarang cuma kami berdua! al kisah...seorang PPK ( Pembantu Perawatan Kesihatan ) yang dulunya dikenali sebagai Attenden lalu..saya pun buat signal lah minta tolong...sayang seribu kali sayang...dia hanya berlalu sambil berkata...saya lapar lah....aiseymennnnn.....saya pun termalu dengan diri saya..kenapalah saya minta tolong dengan dia at the first place..kenapa saya tidak yakin dengan diri sendiri..dengan teknik yang betul serta sedikit kudrat yang ada..semestinya kami berdua boleh mengangkat amai itu......dengan semangat yang berkobar2 ( akibat dari rejection ) saya pun cakap dengan anak amai itu...ko yakin jak dengan saya..saya sudah sarapan dengan keropok tadi...gagah juga saya ni...hahaha...kami pun tertawa sendiri..
saya suruh anak amai tu naik ke katil sambil memeluk bapanya d bahagian bahu dan saya di bahagian kaki..dalam kiraan saya, 1 2 3, kita angkat arrr....satuuuu...duaaaa...tigaaaaa!!!!!!!!!!!dengan sepenuh hati, kami pun angkat amai tu..fuhhhh akhirnya dia selamat sampai ke tilamnya....saya menarik nafas legaaaa.....selamatttttt...
semasa menulis note d casenote amai tu, saya masih teringat2 aksi attenden tu tadi..sedihnya..apapun, moral of the story...jangan terlalu harapkan orang lain membantu...yakin pada diri sendiri...dan...ringan2 tulang lah membantu orang lain..and last but not least..rajin2 buat weight lifting supaya tangan bermasol2..hehe..till we meet again...

Monday, November 23, 2009

erobic instructor yang amatur..

Huuuuhhh..lega saya sekarang..setelah seminggu mandi tak basah, tido tak lena...akhirnya..boleh la tidur lena malam ni...sebenarnya begini, Hospital kami sekarang sedang mengadakan kursus orientasi untuk staff2 yang baru..al kisah, ada lah konon acara senam erobik...saya yang tidak tahu menahu apa2 pula disorong..emm...buat jelah..berabis study step d DVD Pump it up! haha..tapi kalau ada peluang,sebenarnya saya berminat juga mengikuti kursus instruktor ni...tapi maybe belum ada rezeki...ok..till we meet again..

Friday, November 13, 2009

Language Barrier

Salam kepada semua..terasa cepat betul masa berlalu..esok sudah hari sabtu..dan semestinya hari untuk melunaskan semua urusan2 yang tertangguh..do the laundry, kasi mandi si Biru dan macam2 lagi lah..emm..disini saya mau jugalah berkongsi satu peristiwa yang baru ja terjadi pada saya. bukanlah masalah besar. just a language barrier between me and one of my patient. Inan ni orang Kota Belud. Baru seminggu di Kudat with her son, tiba2 sakit lutut la pla.Admitted la di wad perempuan. Hari pertama saya tengok dia, saya belum sempat buat apa2 treatment pun sama dia sebab MO suruh untuk withold dlu physio..saya cuma sempat tanya2 tentang history dia la. time tu masih ada menantu dia. Oh ya, inan ni tidak boleh berbahasa melayu. cakap Dusun ja..menantu dia la yang tukang translate. time tu, saya masih okey. tidak terasa sangat language barrier tu.
Tadi petang, jururawat dari wad perempuan call, MO order untuk con't physio..saya pun okey lah..mungkin mau buat sikit2 bed mobility training lah..kasi duduk di kerusi dan berdiri lah..sesampainya saya di wad, inan tu sedang duduk di katilnya. No carer are around.adoii..habis lah..macam mana mau berkomunikasi dengan inan ni. Saya pun, bahasa dusun failed!Ya Allah..saya dengan segala kekuatan mula berbahasa dusun dengan inan ni..My God!nasib baik time tu, pemotongan bunga sedang dijalankan di luat wad.ada bising sikit. so, pesakit lain mungkin tidak dapat mendengar perbualan kami dengan jelas. Punyalah broken bahasa dusun saya! Saat ini adalah saat yang paling memalukan bagi saya. Saat ni lah, saat saya paling malu mengaku saya berbangsa dusun..pepatah mengatakan..bahasa menunjukkan bangsa..saya?huhuhuhu..macam mau nangis sudah saya. Nasib baik, inan tu faham juga arahan2 yang saya bagi..dapat juga kami selesaikan latihan kami..dengan nada yang tersangat rendah diri, saya cakap dengan inan itu, saya tidak berapa pandai cakap dusun... :-( Inan tu senyum jak..pandai juga bah ko tu ( dalam bahasa dusun ) dia bilang..aiseymen...pandai juga inan tu cover saya walaupun confuse2 juga dia tadi...Sebenarnya selama 5 tahun saya bekerja, inilah pertama kali saya berhadapan dengan pesakit yang langsung tidak berbahasa melayu selain bahasa dusun. Selama ini ada juga begini tapi bahasa rungus...nampaknya, saya boleh handle lagi bahasa rungus daripada bahasa ibunda saya sendiri...sedihnya....Selesai sahaja sessi terapi, sister di wad itu terus tanya, macamana zia?...boleh la sister, dia cakap bahasa ayam, saya bercakap bahasa itik...buat2 faham jak lah...jawab saya...sedih........To myself : masih ada masa lagi belajar bahasa ibunda sendiri ( i hope so )...bye...

Thursday, November 12, 2009

none

To whom it may concern :

p/s : please grow up, ok?

Leave me alone!

i wish i can tell straight to his face..leave me alone! i don't want to see his face, talk to him and the most important is i don't want to have anything to do with him..i don't care if i act like a kid or not professional or something...don't want..don't want and really don't want...i'm glad it's over between u and me...i'm gratefull for that..u and me, we were so different!..we live in different world! i used to say..there was a huge wall between us...saperates us..we will never be together..and i'm right..i'm glad i met someone that finally take me away from you..i know this sounds a bit cruel or heartless but this is the reality..even if u want to meet me for the sake of work,i'm sorry...you can meet my colleague and discuss about it..3 years is more than enough..no more anything..no more...

Tuesday, November 3, 2009

cuci mata..











Hello everybody..macam dah agak lama saya tidak selitkan gambar di blog ni..Kebetulan kemarin saya dan hausemate berjalan2 ke Tanjung Simpang Mengayau selepas waktu berkerja..Sempat juga catch the sunset..Sangat cantik..Subhanallah..jom tengok gambar sama2...

Monday, November 2, 2009

November datang lagi...

November datang lagi..November yang lalu banyak memberikan aku pengalaman yang amat tidak menarik. Really tough..permulaan hingga pertengahan...tapi akhirnya penghujung November memberikan sedikit sinar yang agak terang dan terang dan terang...syukur....Itu November 2008..setahun yang lalu..macam baru semalam kurasa..November 2009..satu pengalaman yang baru..lebih manis, lebih bermakna, lebih istimewa...i hate November, i love November...(ehh..sot dah budak ni..jumpa lagi di entri akan datang, ok?..biarlah budak tu dengan November dia..hahahah)

Sunday, November 1, 2009

wi-fi @ Home

Hari Jumaat yang lalu, saya dan emy keluar makan soto di restoran Sri S..(tuuuuutt)..hehe..sensored..rasa soto ayam dia, biasa2 sahaja..standard lah orang bilang..banyak lagi restoran di KB yang menghidangkan soto yang lebih sedappp..nyam nyam..kebetulan lokasi restoran di berdekatan dengan kedai TMnet..just walking distance..selepas makan, saya singgahlah kejap untuk apply streamyx combo..atau wi-fi@Home..modem wireless dorang bagi free ja.siap ada warranty 1 tahun lagi..saya ni pun punyalah excited. Boleh surf internet dimana2 sahaja. Kalau sekarang kami selalu surfing di ruang tamu..just imagine lah, kalau saya surfing sampai jam 1 pagi..emm..seram gak sorang2 kat ruang tamu tu..syukur alhamdulillah, sepanjang tinggal di rumah ni, belum pernah saya berhadapan dengan perkara2 yang pelik..nauzubillah..walaupun sebelum tinggal disini, macam2 versi sudah cerita yang keluar..
Sampai2 ja di rumah, saya terus buka laptop, dan sambung2 wayar dll..excited ni..berkobar2 tu semangat..namunnnn...kecewaaa..sebenarnya ada 10 peringkat untuk membuat setup wireless..step 1 ja, sudah failed..kesiann..tengok2 masalah,dia cakap, ethernet card not available..huhuhu..sedihnya..mungkin terpaksa beli ethetnet card dulu la ni..Housemate pla yang try..laptop dia tersangkut do step 3..iaitu hanya boleh activate selepas 3 hari pendaftaran..hemm...nampaknya minggu depan lah baru merasa ni..tidak apa lah..masih boleh surfing juga..minggu depan cuba lagii..

Wednesday, October 28, 2009

Inovasi oh inovasi...

Pening kepala dah ni...projek inovasi belum jalan..hemm belum jalan apanya..projek pun belum ada, macamana mau jalan..adoii..team member pun belum kumpul..setakat ni baru ada 3 orang..me, lizana and wan..mau cari 2 orang lagi ni..susahnya mau memulakan sebuah team baru..lagi2 kami yang first timer ni..aiyakk..tapi biarlah.ianya satu pengalaman buat kami..hehe..harap2 boleh jadi from zero to hero..huhu..see ya..

Tuesday, October 27, 2009

melanggan majalah...

Hello everybody...how r you?for me, i'm not that fine..ada something yang mengganggu fikiran..hmmm..kelmarin, seorang jurujual majalah datang ke unit kami dan offer langganan majalah..newsweek..hampir sejam jugalah dia memujuk2 saya untuk melanggan majalah itu..plus 3 langganan majalah lain dengan percuma..emm..semuanya RM800.00 untuk 2 tahun..is it worth it? yes i think so..bagi majalah free, saya pilih majalah Reader's Digest, Health Today dan Knowledge..memanglah terasa terbeban juga membayar RM800 secara lum sum tapi bila difikir2..tidak boleh kedekut untuk keluarkan RM untuk sesuatu yang ilmiah, kan?huhu...please..support me..supaya tidak menyesal dan yakin dengan keputusan saya..RM800...big number of amount ooo...

Wednesday, October 21, 2009

jolok mempelam..

Petang ni macam biasa, saya balik jam 5.30 pm..yalah, memandangkan saya masuk kerja jam 8.30am, balik pun kena lah 5.30pm..hehe..apalah sia ni...ketika lalu di dekat unit kecemasan dan trauma, ada satu aksi yang menarik perhatian saya. 3 orang jejaka sedang berketawaan menjolok buah mempelam yang sedang berbuah dengan agak lebat di bahagian berdekatan dengan kantin hospital dan unit kecemasan. Lucu pula saya rasa..yalah, sorang tu si doktor E, sorang PPK dan sorang lagi, saya tidak kenal..punya lucu tengok aksi dorang melompat2 menjolok buah mempelam tu..mungkin dorang terliur betul sudah tengok buah mempelam yang...adoii..terliur sudah saya..haha....hajat hati mau minta juga sikit tapi macam jolokkan dorang pun belum berhasil..hehe..

Thursday, October 15, 2009

Bengkel Inovasi






Hello Everybody...nampaknya dah agak lama blog ini tiada entri baru. Aku busy sikit dengan Bengkel Inovasi anjuran JKNS di Semporna..Sebenarnya inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Semporna.Syukur juga, Hospital kami telah bermurah hati menaja perjalanan kami ( saya dan Lizana ) dengan menaiki flight..penerbangan memakan masa cuma 45 minit sahaja dan kami landing di Tawau Airport..Untuk sampai ke Hotel Seafest Semporna, kami terpaksa lagi menaiki teksi dengan kadar tambang sebanyak RM95!!mahal juga oo..Memandangkan kami sampai awal, sempat juga kami round2 pekan kejap, tengok2 ikan..dengan high heels!gila..punya sakit tu kaki..
Sebanarnya ini adalah pengalaman pertama saya menghadiri Bengkel Inovasi dan pendedahan pertama. Sebelum ini saya langsung tidak mengambil bahagian dalam kerja2 inovasi apatah lagi mewujudkan sesuatu inovasi. Mungkin juga otak saya ni tidak berapa inovatif.hahaha..mampuih la ni..nanti balik ke tempat keja, masing2 kena siapkan satu projek inovasi dan akan bentangkan mungkin bulan januari atau februari tahun depan..saya dan lizana punya ketakutan dah ni..balik keja nanti, kami akan tubuhkan kumpulan dan akan buat perbincangan tentang projek inovasi..adoiii...Oh ya, nama kumpulan kami adalah...maybe The X-Files...hahaha..lawa tak nama tu..oklah..disini saya selitkan beberapa gambar semasa berkursus. Malang betul kamera digital tidak bawa. jadi semua gambar adalah hasil shoot dari hanset sahaja..2MP pun 2 MP lah..asalkan ada gambar........jumpa lagi...

Saturday, October 3, 2009

I'm surprised

Hello everybody..how are you?..well, for me, i'm fine..but something is bothering me now..i really can't control my appetite. i feel like want to eat all the time..now i'm weighing 58kg. Oh no..i gained extra 2 kilos after Hari Raya..but that's not the main thing that make me surprised. Recently, i have connected with my xclassmates on the facebook. I'm shocked to see one of them. She used to be a XL size girl..guess what?now, she looks better then ever. the round shaped face turns into oval shaped face. no more flabby arms..all well toned. i don't know what's her secret...will ask her later lah...whoaa..i want to be like her..i want to get back my shape and when i saw her picture that day, i believe that nothing is imposibble.....yes! i can do it!

Thursday, October 1, 2009

KB pandai jammed juga ka?

Hello everybody..Emm..Minggu ni adalah minggu terakhir aku bercuti. Minggu depan aku kembali ke rutin kerja harian..Cuti pun mungkin kurang ambil la juga..jimat sikit..
Di entri kali ni, aku ingin berkongsi cerita tentang perbualanku dengan seorang rakan. Kami berjanji untuk bertemu di KK pada jam 12.30 t/hari.Aku bertolak dari rumah agak awal juga. About 11 am..tapi sesampainya di Pekan KB..aduii punyalah jem. Paling teruk di roundabout menuju ke KK..sebelum ke roundabout pun, sudah jem..banyak betul lubuk2 jem KB ni..hampir di semua pelusuk Pekan KB. Belum lagi kereta - kereta yang parking di tempat2 yang bukan untuk parking..Banyak giler kereta di KB ni..Kaya2 kali orang sini ni...
Alkisah, akhirnya aku lewat sampai ke KK untuk bertemu rakan ku itu. Bila berjumpa, i appologized to her and said di KB jem teruk la..Eh, di KB pun pandai jem ka? jawabnya kehairanan ....i'm speechless...KB is jammed all the time..KB tidak boleh kalau tidak jem..even worst than KK...Saya tidak dapat memberi reaksi lebih2. Rakan ku itu mungkin jarang ke KB. Lagipun KB hanya satu Pekan. Aku tidak salahkan dia...
Agaknya, bila lah KB keluar dari belenggu jem seperti di Kudat. Satu bandar yang aman damai. Tiada masalah kesesakan lalu lintas....bestnya..Oklah..sampai sini saja untuk kali ini..jumpa lagi...

Saturday, September 26, 2009

Back Rehabilitation


Approximately 8 out of 10 people will experience the symptoms of back pain at least one time in their life. Bed rest used to be recommended immediately after a back injury, however this is no longer recommended. Now it is suggested that you resume your daily activities as soon as possible after an injury. A few weeks later, gentle stretching and strengthening of the back muscles is recommended.

A comprehensive back rehabilitation program should consist of both stretching as well as strengthening. The abdominal muscles should also be included as they play an important role in back rehabilitation by assisting in stabilization of the spine. The following exercises should be included to comprise a well rounded back rehabilitation program.

Stretches

Back Extension:
1) Lie on your stomach
2) Prop yourself up on your elbows extending your back
3) Start straightening your elbows, further extending your back
4) Continue straightening your elbows until a gentle stretch is felt
5) Hold for 15 seconds
6) Return to the starting position
7) Repeat 10 more times

Cat Stretch:
1) Get down on the floor on your hands and knees
2) Push your back up towards the ceiling (like a cat arching it's back)
3) Continue arching until you feel a gentle stretch in your back
4) Hold for 15 seconds
5) Return to the starting position
6) Repeat 10 more times

Hip Rolls:
1) Lie on your back with your knees bent and feet flat on the floor
2) Turn your head to the left as you relax and let your knees fall down to the floor on the right side by rotating your trunk
3) Hold for a count of five
4) Return to starting position
5) Turn your head to the right as you relax and let your knees fall down to the floor on the left side by rotating your trunk
6) Hold for a count of five
7) Repeat 10 more times

Strengthening:

Core Exercise:
1)Position yourself on all fours, with your hands and legs supporting you on the floor
2)Slowly extend your left leg straight behind you
3)Make sure that your back remains straight and parallel to the floor
4)Hold this position for 5 to 10 seconds
5)Repeat using the opposite leg

Leg Raises:
1)Lie on your back
2)Bend your knees to 15 degrees
3)Contract your abdominal muscles to lift your feet off the floor in an arc like motion above your head
4)Slowly (in the same arc like motion) return your legs/feet to the floor
5)Repeat 10 more times

Sit Ups:
1)Lie on your back
2)Bend your knees to a comfortable position
3)Lock your fingers behind your head
4)Curl your head, shoulders, upper and lower back off the floor - no more than six inches
5)Hold this position for 5 seconds
6)Slowly return to starting position
7)Repeat 10 more times

As always, discuss starting any rehabilitation program with your physician. If any activity causes more pain, stop the exercise immediately. The exercises should be performed three times per day.

For further info, visit http://physicaltherapy.about.com/od/backpain/a/backrehab.htm..tq

Thursday, September 24, 2009

Reunion..




Hello everybody..Hari ini, sebaik sahaja aku membuka facebook ku, ada massege dari azra, bestfriendku semasa masih belajar di Kolej PTPL 8 tahun yang lalu..zie, kenapa tidak datang ke rumah?..Oh..baru aku teringat, Azra menjemputku untuk menghadiri rumah terbuka keluarganya kelmarin..Alamak, sorry azra..tidak terpergi pula..Rasa bersalah juga tidak pergi sebab sebelum raya lagi, memang ada plan mahu beraya ke rumahnya, lagipun kami dah lama tidak bersua muka. Kira-kira 7 tahun!wow..lama dah tu..akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi kerumahnya keesokkan harinya bersama seorang lagi rakan karib kami di PTPL, Melissa.

Sebenarnya, sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Fisioterapi, aku sebenarnya sedang belajar di Kolej PTPL di Sembulan, dan mengambil kursus Diploma Teknologi Maklumat. Aku cuma sempat menghabiskan 1 semester sahaja kerana akhirnya berjaya mendapat tempat di Kolej Fisioterapi. Sepanjang 1 semester di Kolej PTPL, aku berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang sekepala dan baik hati..Antara geng ku yang paling kamceng ialah Azarawati, Melissa, Jacqueline, Haddy, Stanley dan ramai lagi lah..Selepas sahaja berpindah ke KL, aku sudah tidak bertemu dengan rakan-rakan ku..cuma sekali lah, masa aku bercuti semester pertama, pada tahun 2002. Selepas itu..........semua mengambil haluan masing-masing. Baru-baru ini sahaja kami ber'contact' semula. Itupun melalui facebook..Uiihh..nasib baik ada facebook, terjumpa juga dengan kawan-kawan lama.

Apabila bersua muka kembali dengan Azra dan Melissa, of course lah, bentuk fizikal kami memang berubah habis! semua out of shape..huhuhu..yalah, umur pun dah meningkat. Dulu, kami semua muda remaja lagi. masih kurus youu...Dulu semasa berpisah, aku baru menginjak usia 19 tahun, sekarang sudah berumur 27 tahun! azra pun baru saja menamatkan zaman bujangnya pada bulan Jun yang lalu. I'm so happy for her! Namun ada juga yang tidak berubah. Keakraban kami..walaupun sudah 7 tahun tidak bertemu, kami tetap akrab seperti dulu-dulu. Cuma bila bercerita tentang hal-hal yang lalu, aku ada sedikit lost memory daa..contohnya bila mereka menanya, ko ingat lagi ka sipolan dan sipolan?ada juga yang aku terlupa..

Apapun, i'm so happy sebab bertemu kembali dengan rakan-rakan ku. Dulu sewaktu kami mula berkawan, kami masih muda, masih bertungkus lumus menimba ilmu sebagai bekalan dimasa hadapan. Orang cakap, masa depan time tu masih kabur..blur2 lagi..sekarang masing-masing telah mempunyai karier. Dulu, kalau hendak ke Centre Point, kami menaiki bas, sekarang menaiki kenderaan sendiri. Dulu kami semua slim-slim, selalu memasak dirumah sebab mahu berjimat, sekarang kami chubby2 sudah.huhuhu..makan pun selalu di fast food, sushi konon..emm...7 tahun...satu tempoh yang lama..namun, aku rasa macam baru kelmarin berkenalan dengan mereka..Terlalu banyak kenangan manis sewaktu kami sama2 belajar di PTPL...Oklah..mungkin sampai sini sahaja untuk kali ini...jumpa lagi di entri akan datang ya?

Tuesday, September 22, 2009

Jipal oh Jipal


Hello Everybody...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tentang seseorang yang bernama Jipal. Beliau ni bukan orang lain dalam family kami. Menurut mama, moyang c Jipal ngan nenek kami ni bersepupu..jadi kami dengan bapa c Jipal ni 3rd kazen la..C Jipal pula pangkat anak buah..err..begitu ka tu?anyway, apapun, secara ringkasnya, dia ni saudara kami juga lah..Kalau mau tau, gambar di atas tu, yang memakai baju hijau dan memegang crutches, dialah Jipal!...

Dia ni antara penghidap penyakit Talasemia Major di Kota Belud. Adik bongsu ku Abd. Malik @ Nanak ( juga penghidap Talasemia Major ) selalu mengajaknya lepak2 di rumah selepas atau sebelum discaj dari wad..Dia sekarang ni tidak dapat berjalan seperti biasa kerana dia tidak dapat meluruskan kembali sendi lututnya selepas pembedahan lutut kira2 tahun yang lalu. aku ada juga bertanya kepada Nanak, kenapa tidak buat sessi fisioterapi? Adikku menjawab, semua sudah putus asa kepad c Jipal ni?puncanya, c Jipal menolak untuk melakukan sessi terapi..Sebaik sahaja kakinya digerakkaan, dia akan menangis dan merajuk serta membawa diri..bila sahaja bermula sessi terapi, dia akan memberikan pelbagai alasan, esok lah, nanti la, bagus lagi saya begini lah, minta dibelikan laptop dula la..macam2 lagi lah....sampai sekarang dimana kurasakan lututnya sudah mengalami contracture dan otot2 pehanya semua sudah wasting..mengecut...

Aku terfikir sejenak..kenapa perlu diikutkan sangat karenahnya?kenapa tidak paksa sahaja?kenapa tidak bertegas?kenapa kenapa dan kenapa? Sebagai seorang ahli fisioterapi, saya amat kesal perkara sebegini terjadi kepada Jipal..This is not the way it supposed to be..

Bagiku, sinilah perlunya dan pentingnya mewujudkan sedikit jurang antara terapis dan pesakit..mungkin dia agak manja dengan terapisnya..atau rapat dengan terapisnya..sebab tu dia berani memberikan alasan itu ini..Bagi terapis pula, disinilah gunanya pendidikan psikologi yang telah dibekalkan semasa dalam pengajian...gunakan pendekatan yang sebaik2nya unuk memujuk pesakit seperti c Jipal ni..emm..Teringat pula kisah adik bongsu ku..dia juga pernah menjalani pembedahan yang sama seperti c Jipal. Sebaik sahaja discaj dari wad, kami terus sahaja memulakan sessi fisioterapi..masa tu, lututnya masih berbalut2 lagi..Early rehabilitation is the best! Sebaik sahaja dirujuk kepada fisioterapi HKB, lutut c Nanak sudah ok.Full range of motion in knee flexion and extension...

Apapun, c Jipal ni adalah contoh cabaran dalam bidang kerjaya ku..bukan semua pesakit sanggup untuk merasa sakit semasa sessi terapi dan bukan semua pesakit complient dengan sessi terapi...Jipal oh Jipal..harap2 ko terbuka la hati untuk kasi exercise ko punya lutul arr..
Bye for now..

Kampung Takulung







Hello everybody..Belum terlambat rasanya ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan blog saya ini..

Diruangan kali ini, aku ingin berkongsi sedikit cerita tentang sebuah kampung yang telah aku lawati baru - baru ini..Hehehe..bukan kampung orang orang lain..kampung aku juga bah! Kampung Takulung, Kota Belud. Sebenarnya ramai juga warga Kota Belud yang tidak tahu kedudukan kampung ni..yalah, sudahlah agak jauh dari pekan, jalan raya pun, boleh tahan adventurous nya..cuma sekarang jalan raya menuju ke kampung tu sudah baik kerana telah di aspalt..tapi belum siap 100 peratus..jalan raya dari kampung Lasau Podi ke Kampung Takulung..Ya ampunnn....Dmax putih adikku yang 4wd tu pun ' terbatuk-batuk..'nasib baik lah skill pemanduanku ini, ehemm..boleh tahan juga lah..( tapuji )tapi penat la..dah la tu..time puasa pulak..Tapi tak apa, aku, bapa dan mama ke kampung dengan misi yang tersendiri..iaitu menyampaikan sedekah kain2/baju2 terpakai kepada mualaf2 di Kampung Takulung dan Bolobog. Satu program usahasama antara YADIM dan USIA..Kesian bapa..sudahlah kurang sihat, diberi mandat untuk menyampaikan kain2 tu pulak..Tapi aku kenal dengan bapa ku..mustahil dia akan menolak. Ya seja kalau Atia'(bapa)...

Kain-kain dan baju-baju itu adalah sumbangan dari orang perseorangan. Terima kasih kepada Pn. manis Bariku ( makcik ku ) serta keluarga, Pn. Maimun serta keluarga ( mySis )dan Pn Jauyah ( mySis )kerana sudi menyumbangkan pakaian2 yang masih cantik-cantik dan difahamkan ada yang masih baru. Belum dipakai!

Sebaik sahaja kami sampai keSurau Kg. Takulung, ada sudah yang telah menunggu..lama kelamaan semakin ramai..Sebaik sahaja sampai masa pembahagian baju - baju, wanita2 yang hadir kelihtan sangat excited..Yalah..siapa yang tidak teruja melihat baju - baju kurung yang masih baru, kilat - kilat dan ber'bling2' dengan manik2..fuhh..macam suasana di kedai rombengan pula.huhu. cuma bezanya, dirombengan kena keluar duit..Emm..kebetulan juga kazen2 ku( anak makcik Manis) ni ramai perempuan..pandai menjahit pula tu..sentiasa mengikuti edaran fesyen semasa pula tu..Tidak hairan lah baju2 yang mereka dermakan tu, cantik-cantik belaka..baju2 mySis pun boleh tahan ber 'bling2'..silau mata i..Terdengar juga rungutan lelaki2, alaaa..banyak baju perempuan ja...Baju lelaki pula kebanyakkan adalah baju arwah Pakcik Soumin ( Suami makcik Manis ) yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lalu kerana Penyakit Kanser Pankreas..banyak lagi baju arwah yang masih baru dan belum sempat dipakai..Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Arwah Soumin Lamudin @ Abd. Yamin Abdullah. Amin..

Walaupun aku cuma 'transporter' kepada pakaian2 itu namun aku amat gembira melihat wajah - wajah ceria setelah menerima pakaian2 itu..Mungkin kalau Makcik manis dan mySis melihat reaksi gembira diwajah mereka, sudah tentu perasaan terharu akan hadir..Terdengar lagi kata2 seorang penerima pakaian2 itu..naa, ada sudah baju raya saya..bolehlah pakai esok....
Walaupun perjalanan amat penat dan aku dalam situasi kehausahan yang amat2 tapi aku tidak kisah..bila teringat pada wajah2 yang ceria dan gembira kerana telah mendapat baju untuk berhari raya, perasaan penat dan haus ku hilang...hanya yang tinggal, perasaan puas hati kerana dapat melaksanakan amanah yang diberikan ( walaupun jadi supir jer huhuhu)..
Sampai sini sahaja lah untuk kali ini..jumpa lagi di entri yang akan datang...bye..

Wednesday, September 16, 2009

Apa itu Penyakit Talasemia?

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara. Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Tanda-tanda

  • Kelesuan.

  • Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

  • Sesak nafas.

  • Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung. "Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 232.

Nur Hakim

Hello Everybody..Terima kasih kerana sudi menatap blog ku yang tidak seberapa ini. Diruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tentang kisah pesakit cilik yang akan ku ingat selama-lamanya.
Nur Hakim. Pertama kali mengenali c hakim adalah pada tahun 2003 di Hospital Queen Elizabeth. Masa tu, c hakim masih baby dan keadaannya sangat kritikal dan sudah di isu DIL..kasihan sungguh bayi kecil ini. sudahlah keluar masuk ICU, macam2 lagi jangkitan yang menyerang termasuklah MRSA..masa itu aku masih lagi pelatih fisioterapi yang membuat latihan praktikal.
Waktu berlalu...Selepas tamat pengajian, aku ditugaskan di Hospital Kudat. Semasa membuat rawatan Chest Physio di wad kanak-kanak, aku terserempak lagi dengan c hakim..hati kecilku berkata, oo..survive juga rupanya baby yang dulu sangat kritikal itu..tapi sekarang c Hakim sudah besar. sudah boleh berlari2 macam kanak-kanak yang lain. cuma bezanya, corong oksigen sentiasa melekat di hidungnya..dipendekkan cerita, c hakim ni sangat rapat dengan ku..apa tidaknya, boleh dikatakan setiap bulan dia dimasukkan ke wad. semuanya akibat jangkitan paru-paru..setiap bulan jugalah kami menerima referral letter untuk rawatan chest physio untuk c Hakim..c Hakim ni bijak juga..demanding pula tu..dia selalu merengek..mak, akim mau kakak zia yang buat suction..memilih..tapi mungkin juga aku sudah biasa melakukan prosedur suctioning untuknya dan aku sudah peka dengan anatomi hidungnya. jadi, tiub suction tu lancar ja masuk ke rongga hidungnya..Mak c hakim pun sudah sedia maklum..asalkan sahaja c hakim ni masuk wad, siap buat request lagi, mau chest physio..
Tahun demi tahun, c hakim semakin membesar. semakin petah berkata-kata..asalkan sahaja ternampak kelibat ku, terus dia menjerit,..mak..tu na c kakak zia...dan berlari kearah ku..hakim hakim..makin nakal pla tu..pandai mengusik aku..semasa sessi suctioning..tiba-tiba aduiiiii!!!jeritnya..aku jadi cemas..kenapa kim??..tanya ku...dia dengan selamba, ketawa...tau lah..dia sengaja menakutkan aku....
Bila ku belek case note c Hakim, emmm..banyaknya masalah anak kecil ini..sudahlah menghidap Chronic Lung Disease, newly diagnosed for Cor Pulmonale lagi...kasihan..
Hari itu, c hakim masuk ke wad lagi. keadaannya agak teruk dan dirujuk ke Hospital Pakar Likas ( Kini Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah )untuk rawatan selanjutnya...selepas itu, aku tidak tahu lagi perkembangan hakim..makin okey atau tidak...
Pada satu petang, teman serumahku, dr.anje mengkhabarkan satu berita..zie, c hakim sudah tiada..............................aku terdiam..................seraya berkata dalam hati...innalillah................. perasaan sayu tiba-tiba bertandang dihati..terbayang senyuman c hakim, matanya yang bulat, kepetahannya berkata-kata, cara dia memanggilku..kakak zia, kakak, zia akim mau suction....nampaknya Tuhan lebih menyayangi dia...
Untuk mu, Nur Hakim Kusungan....Al-Fatihah...

My Housemates




Hello Everybody..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah ke blog ku yang sangat simple. Untuk ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tentang teman serumah ku di Hospital Kudat.
Pada hari pertama bertugas di Hospital Kudat, aku ditempatkan di Villa Rose, iaitu kuartes untuk staff. Berkongsi dengan seorang Juru X-Ray dan seorang Pegawai Perubatan..Pertama kali menjejakkan kaki dirumah itu, terselit perasaan sedikit berdebar. Yalah, berjumpa dengan rakan serumah yang baru la katakan. Berjuta persoalan yang timbul di kotak fikiranku..Bagaimana agaknya penerimaan mereka terhadapku? ok ka dorang ni?emm..macam-macam lagilah..Namun, pertama kali bersua muka dengan salah seorang teman ku iaitu Evianah Magumpis, aku merasa amat lega..Sebenarnya, aku selalu terserempak dengan beliau semasa masih belajar cuma tidak bertegur sapa. Beliau pelatih di Kolej Juru X-Ray manakala aku pelatih Kolej Fisioterapi..Namun kami berkongsi kawasan hostel yang sama, iaitu Hostel Cybertel, Kajang..Kami selalu berkongsi bas yang sama semasa hendak keluar outing ke Kajang. Beliau dengan teman lelakinya (kini suaminya ) dan aku dengan bofrenku (kini teman biasa )takda jodoh..huhuhu...rupanya beliau ni sangat ramah orangnya. Keramahannya membuatkan aku merasa selesa dan tidak kekok. Cuma tinggal seorang lagi yang perlu aku jumpa. Beliau adalah Dr. Anjeline Basinau. Seorang Pegawai Perubatan a.k.a seorang doktor..Emm..bagaimana agaknya tinggal serumah dengan seorang doktor ya?
Pada malamnya, baru ternampak kelibat si doktor yang baru menghabiskan tugasnya. Seorang doktor yang berbangsa Dusun dan lancar giler cakap dusun..hehe..masih ku ingat persoalan pertama darinya. Kamu fisioterapis ka?..kamu orang KB ka?..beliau pun sama dengan c evianah, ramah orangnya..
Pada keesokkan harinya, kami bertiga, ala-ala 3 bujang lapuk, berjalan kaki mendaki bukit untuk sampai ke hospital..fuhh..penat..tapi apakan daya..kami masing - masing belum memiliki kenderaan...masih ku ingat saat sampai ke hospital, kami bertiga sibuk mengelap peluh...masing - masing menyimpan tisu dalam handbag..kalau kehabisan, sibuk la menanya..ada tisu?..dalam hati, masing-masing mengeluh..sia - sia aku mekap lawa2 kat rumah..cairrr mekap aku..huhuhu..
Emm..kalau hendak diceritakan, telalu banyak kenangan manis sepanjang kami tinggal serumah. Tetapi yang paling istimewa, kami sangat memahami antara satu sama lain. sepanjang bersama, kami tidak pernah berkelahi mahupun berselisih faham! Rahsianya?mungkin kami tidak pernah mengumpat sesama sendiri. aku tidak pernah mengata/komplen/umpat dan sewaktu dengannya, teman serumah ku..evianah dan dr.anje pun begitu...Aku rasa itulah yang membuatkan hubungan kami sangat akrab, sebagai teman serumah mahupun rakan sekerja..
Kini, Evianah sudahpun berpindah ke Hospital Queen Elizabeth..agak lama juga aku tinggal berdua dengan dr. anje sehinggalah baru - baru ini kami menerima seorang housemate baru. Namanya Chew lee lee..Seorang Pen. Pegawai Teknologi Maklumat..Orangnya lembut, pandai masak, rajin mengemas rumah...Nampaknya, kini bolehlah kami berkongsi bayar segala bil2 bertiga...ringan sikit..hehe..
Oklah..sampai sini saja untuk kali ini..jumpa lagi di entry yang lain..ingattt...jangan mengumpat...OK?

Monday, September 14, 2009

F.R.I.E.N.D.S

” Knowin’ you can always count on me
for sure
that’s what friends are for
For Good Times And bad times
I’ll be on your side forever more
That’s what friends are for”

These are part of Stevie Wonder’s song called That’s What Friends Are For..i really like the part that says for good times and bad times..have you ever came across a huge problems or being hurts by somebody and you have your friend by your side, listening to your problems, giving you hopes when you think there is no hope left for you..everyday…untill your pain healed or you finally can moved on with your life..If you have one, then you must be ‘the choosen one’.Bukan semua bertuah dapat seorang kawan sejati..I can say that i was blessed for being surrounded by good and nice person..my family, my colleagues, my housemates, my friends..i am very thankful for that..

My Kudat Hospital



Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tentang kisah aku dan Hospital Kudat. Ya..Hospital Kudat, hospital tempat aku bernaung. Sebelum itu suka aku menceritakan detik - detik pertama aku menjejakkan kaki di Hospital Ini. 18 Februari 2005. Satu tarikh keramat bagiku kerana pada tarikh itulah aku pertama kali menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Selama 3 tahun berhempas pulas menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelatih fisioterapi, akhirnya, tanggal 18 Februari, aku adalah seorang qualified physiotherapist!Syukur Alhamdulillah..
Unit Fisioterapi Hospital Kudat adalah sebuah unit yang kecil. Dibarisi oleh dua orang Jurupulih Anggota U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3..Lokasinya terletak di wing side Wad Nurseri dan berkongsi tempat rawatan dengan Unit Pemulihan CaraKerja. Waktu bekerja adalah mengikut waktu pejabat. Dukacita dimaklumkan, Unit kami ini tidak mempunyai kemudahan penyaman udara dan setiap petang, kami seolah - olah berada di pusat sauna..kasihan sungguh!
Pejam celik pejam celik, kini sudah masuk tahun ke-5 aku bertugas di Hospital Kudat. Satu jangkamasa yang agak panjang ku kira. Namun begitu, aku tidak begitu berkira memberikan khidmat sepanjang itu kerana aku amat sukakan kehidupan dan lifestyle di Kudat..Bandar yang aman dan hampir tiada masalah kesesakan lalu lintas..Pesakit - pesakit dan masyarakat di Kudat pun amat mesra. Sepanjang hampir 5 tahun berkhidmat, aku tidak pernah pun berhadapan dengan karenah pesakit yang melampau. Semua baik-baik belaka..Mungkin juga kami melayan semua pesakit yang mendapatkan rawatan di unit kami dengan baik..heheh..Dari dulu sampai sekarang, satu prinsip yang ku pegang, "Jika anda melayan seseorang dengan baik, orang juga akan melayan anda dengan baik"..betul tidak? Layan lah semua pesakit seperti kita melayan ahli keluarga kita sendiri...
Baru-baru ini, aku telah mengisi borang perpindahan ke Kota Kinabalu. Walaupun amat berat ku rasakan namun ku gagahi juga menghantar borang itu. Namun, aku cuma mengambil tindakan " Tunggu dan Lihat"..kalau dapat, dapatlah.....kalau tak dapat, tahun depan apply lagi..
Terlalu banyak pengalaman yang kudapat sepanjang berkhidmat di Hospital ini..semuanya indah - indah belaka dan tentunya mencabar, seperti tiba masanya penilaian semula Akreditasi....Semua ketua unit merasa amat tertekan..aku juga tidak terkecuali..Apapun, Hospital Kudat tetap dihati..walau dimanapun berada..Kudat Hospital will always have a special place in my heart!

Mr. X

Hello everybody...thank you for stopping by at my simple blog. Today, i would like to tell a story about a friend of mine. i already know him for about 3 months plus. Let me just address him as Mr. X..The mysterious one..
Actually, he is a friends of a friend. When i met one of my ex-classmates on FB, he said he want to introduce one of his friend to me. His colleague. Well, there is nothing wrong to be friends with anybody, right?but, i don't take his words seriously though. maybe he just joking around with me and i let him have my phone number.
The day after tomorrow, in the evening, i just sitting on the sofa while watching my favorite series, suddenly my phone rang with unfamiliar number. should i answer the call or not? I usually don't take calls from stranger..but yeah eventually i answered the call and then i heard a man voice...Hello. i am your friend's friend, he gave me your phone number and he said you would like to know me more...what??i want to know him more??.nonsense...then i answered him back..emmm not exactly..he said, he want to introduce to me one of his friend and that might be you, i suppose.....then we remains silent about couple of seconds...ooohh..he finally break the silence between us..well, he obviously set us up huh?, by the way, my name is Mr.X..nice to know you...
This is how the story begin. Then we SMSing each other everyday ...what can i say, he such a great guy. Funny, cool and caring ...well now he is a history for sure..haha

Saturday, September 12, 2009

I'm a Physiotherapist

Apa itu Fisioterapi? saya yakin, ramai lagi rakyat malaysia yang belum tahu dan tidak tahu tentang rawatan fisioterapi. Fisioterapi ialah profesyen penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengekalan dan pengembalian fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Antara tugas - tugas seorang ahli fisioterapi ialah, ahli fisioterapi bertanggungjawab untuk membuat penilaian dan menentukan perancangan rawatan pesakit. Ahli fisioterapi perlu mempunyai kefahaman terperinci berkenaan bagaimana tubuh manusia bekerja, berpengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan, berkebolehan untuk membezakan apa yang normal dan yang tidak normal dalam postur, imbangan dan pergerakkan. Ahli fisioterapi juga menggunakan kemahiran 'hands on' dalam rawatan seperti ' massage', 'accupressure' dan manipulasi. Selain itu, Ahli Fisioterapi juga menggunakan laser, ultrasound, magnetic fields, arus elektrik, panas dan ais untuk menghilangkan sakit dan membantu dalam penyembuhan. Ahli Fisioterapi juga melaksanakan program senaman, teknik relaksasi, hidroterapi dan biofeedback. Selain itu Ahli Fisioterapi menggunakan alat bantuan berjalan untuk rawatan serta melatih pesakit dan penjaga cara penggunaan alatan yang betul. Ahli Fisioterapi juga merawat kondisi seperti sakit belakang dan leher, masalah sendi dan otot, masalah pernafasan dan memberi pendidikan kepada pesakit...Wahh panjang kan..harap - harap serba sedikit artikel ni, bolehlah memberi sedikit kefahaman kepada sesiapa yang belum mengenali profesyen fisioterapi. Tak kenal maka tak cinta..sekali mendapatkan rawatan fisioterapi, sakit - sakit otot sikit, terus cari fisioterapi..heheh..iklan nampak..

Baiklah, seterusnya, untuk menjadi seorang Ahli Fisioterapi, antara subjek yang perlu dipelajari adalah subjek Anatomi, Fisiologi, Fizik, Patologi, Psikologi dan Sosiologi, Sains Pergerakan, Kardiorespiratori, Muskuloskeletal, Neurologi, Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Biomekanik, Agen Elektro-fizikal dan Kinesiologi...Banyak kan? Sebab tu kalau ada profesyen kesihatan lain yang menggelar Ahli Fisioterapi sebagai "Tukang Urut" hemmm..hanginnnn la kami sebab kami tau skop fisioterapi sangat luas..baiklah..sampai sini saja untuk kali ni...

what a huge resposibility....



Pernahkah terlintas dihati anda, yang bukan seorang guru, untuk menjadi seorang guru?..Memang dari pandangan kasar, tugas seorang guru kelihatan agak mudah. Waktu bekerja setengah hari, cuti sekolah yang panjang, gaji yang lumayan, elaun banyak, emm..memang serba serbi lumayan. Aku juga tidak terkecuali berfikiran demikian. Namun, semenjak diberi tanggungjawab untuk menyelia pelatih Diploma Fisioterapi dari Kolej Kesihatan Masterkills, pandanganku semakin berubah. Tanggungjawabnya berbeza. Bagi seorang physiotherapist, tanggungjawab kami adalah untuk mengembalikan fungsi fizikal seseorang individu ke tahap yang paling maksimum ( one of them ). Namun, perasaan mendidik seseorang adalah sesuatu yang sangat berlainan. sebagai contoh, kedua-dua pelatih MUCH, i give them the best and as much as i can..saya mau mereka menjadi seorang physiotherapist yang dapat memberikan rawatan yang terbaik buat pesakit - pesakit meraka. Sebab itulah saya merasa amat bimbang dan kadang kala agak tekanan jika mereka tidak dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik dan tidak dapat melaksanakan latihan praktikal dengan baik. Sebab itulah kadang kala saya agak bertegas dengan mereka. Bayangkan, yuran pengajian sebanyak 60K bukan satu nilai yang sedikit. Apatah lagi mereka sendiri yang perlu membayarnya kemudian. Kadang kala saya agak kasihan melihat mereka. They deserve a better place to do their clinical training. Apa lah yang ada dengan Unit kami yang kecil ini. Peralatan pun tidak mencukupi. Kes pun hanya yang simple2..simpati juga...
yesterday, i received a sms from one of the trainee, marlina..she said, they already finished their OSPE exam and she did quite well..i'm so happy for her. i really hope that she and Sylvia will become a qualified physiotherapist and serve for the needs..i wish them all the best and i think i did'nt ask for more..just hope and pray for their success.........

am i a fat person??

Pernah digelar c montel, c gebu or c chubby?well, i belum lagi pernah digelar sebegitu tetapi..." wahhh zieee...berisinya ko sudah????"...emmm..semua rakan2 sekolah ku memberi reaksi begitu.walaupun melalui gambar sahaja mereka sudah boleh melihat perbezaanku semasa bersekolah dan kini bekerja..Bayangkan sahaja berat badan ku semasa zaman persekolahan cuma 47 kg sahaja..ringan bangat!!sekarang hampir mencecah 59kg..tapi saya tetap bersyukur, my BMI is still considered ideal for me..memanglah 47kg i underweight but it feels good to have nice figure. well toned arms, slender waist..hemmm..something that i miss a lots..and the size of S...now i only can fit into L size..not even M..huhu..sad..sad..
Every single new year, my resolutions are to reduce my body weight, to slim-down a bit and to start exercising regularly..e.g jogging but..every year..i don't want to say that i have failed..i just can't accomplished my resolutions..haha waht's the different?naa..nothing..
Dear my blog..from now on ( i don't need another new year to say this ) i will try very hard to reduce my body weight until i can reach my goal..at least 50 kg..yeahhhh...semangattt...

Thursday, September 3, 2009

Today is my birthday...

Today is my birthday..Tarikh keramat 3 september 1982..lahirlah seorang puteri..chewahh.....rupa2nya dah 27 tahun aku hidup didunia ni..Syukur Alhamdulillah..masih bernafas di muka bumi Allah ..what can i say..27 years..such a long journey..through ups and downs, happy and sorrow....sweet n sour..alamak..mentang2 puasa..terselit la pulak resepi..Tahun ni masuk tahun ke-2 saya meraikan my birthday pada bulan puasa..nampaknya kalau nak celebrate pun,lepas sungkai la..hari ni macam mau celebrate kat Kudat Golf Club..housemate yang blanja..hehehe..tapi maybe tahun ni xda birthday cake..walaupun someone ada janjikan cake tapi not today..emm..ada difference jg..umur dah meningkat a.k.a tua, tak payah lah ber kek2..but deep down inside my heart, masih mau kek...huhuhuhu...

Saturday, August 15, 2009

What a boring weekend...

Hujung minggu datang lagi..seminggu berlalu sangat lah cepat ku rasa..hari ni ada sukaneka hari keluarga hospital..kena datang bagi support la..emm sebenarnya cadangan mau balik kampung tapi apakan daya..tayar keta dibahagian belakang sudah botak kilat..satu bunga pun tiada..emm sudahlah saya tidak reti menukar tayar,kalau tayar saya flat..habis la stranded di tepi jalan..wooo..palis2..nanti la hujung bulan ni tukar dua2 tayar.maybe will cost about rm300++..that's a lot of money ehh..sudah tukar tayar, barulah saya boleh balik ke kampung dengan perasaan yang aman...i'm just watching tv ja lah ni...huhu..what a boring weekends....

Sunday, August 9, 2009

Pertandingan Penulisan Sajak

Pejam celik pejam celik, sudah 2 minggu majlis sambutan jubli perak telah melabuhkan tirainya..namun kahangatan dan kehangitan majlis masih terasa sehingga hari ini..Hemm..bak kata pepatah, rumah sudah siap dibina, pahat masih berbunyi..betul ka tu..haha..sebenarnya saya pun dah lupa perkataan yang sebenar tapi ada sipi2 la hampir..
Bercerita tentang majlis sambutan jubli perak, seminggu sebelum majlis adalah Minggu Kualiti. Pelbagai aktiviti kualiti dipertandingkan termasuklah pertandingan kawalan infeksi, kaunter terbaik, pameran unit2 dan satu pertandingan yang saban tahun diadakan namun saban tahun juga kurang mendapat sambutan iaitu pertandingan penulisan sajak kualiti! dan saban tahun juga tiada ketua unit yang sanggup menggalas tugas sebagai penyelaras pertandingan..oleh sebab itu juga seorang ketua unit yang dikira antara yang termuda dan boleh la 'dibuli2' oleh ketua unit yang lebih senior saban tahun dilantik menjadi penyelaras..waduhh..pada mulanya ketua unit junior tu menolak juga dan mengatakan, mengikut pengalaman tahun lepas, penyertaan amat tidak menggalakkan dan staff kurang berminat untuk menyertai..tapi apakan daya..si junior ni mentimun, c senior tu durian..terpaksalah c junior tu bersetuju tapi dengan syarat, setiap unit wajib menghantar sekurang2nya 1 penyertaan.titik!noktah!...ganas tak?hahaha..semua ketua unit mengangguk tanda setuju..tapi dalam hati c junior..nanti kamurang.saya tau tu,tiada juga penyertaan seperti yang dijanjikan!..
Detik demi detik berlalu. sudah seminggu iklan pertandingan diedarkan kepada semua unit..dukacita dimaklumkan bahawa cuma satu penyertaan sahaja sampai di meja unit kualiti, dimana sajak2 itu perlu dihantar sedangkan tarikh tutup penyertaan tinggal seminggu. Aduhai..sudah kujangka semua ini akan terjadi. setiap satu anggukkan kepala ketua2 unit terbayang2 difikiran saya..gggrrrr..grrr..geramm..secepat kilat terus tangan mendail setiap unit untuk menagih sajak!ini tidak boleh jadi..mana boleh satu penyertaan jak..dialah johan, dialah kedua, dialah ketiga..hellooo...
Akhirnya saya berjaya memperoleh 11 penyertaan. itupun 2 yang saya buat dan edited by Emy dan satu lagi guna nama member lain dan ada 3 penyertaan yang dihantar lewat. Terima jelah..lagipun takkan la penyelaras yang menyertai kan?kalau macam tu..ehemm..pemenangnya..aku lahhh..huahaha..Sessi pengadilan..emm..kami2 ja yang mengadili..kalau penyertaan banyak sangat atau bermutu giler,boleh la jemput pengadil luar..huhu..kesiannya aku..
Apapun, semuanya sudah berlalu..semua kelebihan dan kekurangan akan menjadi panduan dimasa akan datang..but one thing for sure..i will never agree to be the coordinator for poem writing ever again!!!!

Friday, March 20, 2009

My story

Hello semua..Selamat datang ke blog yang sudah agak lama wujud tapi masih belum diisi..Nampaknya perkembangan blog ini agak slow memandangkan kekurangan ilham dan emm...cakap jelah malas mau menulis..hehe..
Sebenarnya bidang penulisan ni bukanlah bidang kepakaran saya..tapi saya cuba juga lah..saya lebih suka jadi pembaca blog,terutamanya blog my sister..i have no idea macamana dia boleh menulis dengan panjang , menyusun ayat2 sehingga ianya sangat menarik untuk dibaca.kelakar pun ada juga..Emm..menyusun ayat2 ni i tak pandai la..huhu..baru tulis sikit,idea tu macam jammed..saya kagum tengok penulis yang mempunyai idea yang mencurah2..saya punya idea menitik2 ja bah!macamana ni..satu perenggan,rehat,fikir2,baru sambung..hemmm..besok la bah baru siap satu entry kalau macam ni gaya..Nasib baik juga menulis dalam blog ni tiada cikgu yang memeriksa tatabahasa..kalau tidak,..semua pun ada tanda merah..Failed!ini la orang cakap tulisan kampung2..ok lah..kalau menulis lagi ni, alamat, overhaul enjin kepala saya..kan kes berat sudah..Adios..