Saturday, September 12, 2009

I'm a Physiotherapist

Apa itu Fisioterapi? saya yakin, ramai lagi rakyat malaysia yang belum tahu dan tidak tahu tentang rawatan fisioterapi. Fisioterapi ialah profesyen penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengekalan dan pengembalian fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Antara tugas - tugas seorang ahli fisioterapi ialah, ahli fisioterapi bertanggungjawab untuk membuat penilaian dan menentukan perancangan rawatan pesakit. Ahli fisioterapi perlu mempunyai kefahaman terperinci berkenaan bagaimana tubuh manusia bekerja, berpengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan, berkebolehan untuk membezakan apa yang normal dan yang tidak normal dalam postur, imbangan dan pergerakkan. Ahli fisioterapi juga menggunakan kemahiran 'hands on' dalam rawatan seperti ' massage', 'accupressure' dan manipulasi. Selain itu, Ahli Fisioterapi juga menggunakan laser, ultrasound, magnetic fields, arus elektrik, panas dan ais untuk menghilangkan sakit dan membantu dalam penyembuhan. Ahli Fisioterapi juga melaksanakan program senaman, teknik relaksasi, hidroterapi dan biofeedback. Selain itu Ahli Fisioterapi menggunakan alat bantuan berjalan untuk rawatan serta melatih pesakit dan penjaga cara penggunaan alatan yang betul. Ahli Fisioterapi juga merawat kondisi seperti sakit belakang dan leher, masalah sendi dan otot, masalah pernafasan dan memberi pendidikan kepada pesakit...Wahh panjang kan..harap - harap serba sedikit artikel ni, bolehlah memberi sedikit kefahaman kepada sesiapa yang belum mengenali profesyen fisioterapi. Tak kenal maka tak cinta..sekali mendapatkan rawatan fisioterapi, sakit - sakit otot sikit, terus cari fisioterapi..heheh..iklan nampak..

Baiklah, seterusnya, untuk menjadi seorang Ahli Fisioterapi, antara subjek yang perlu dipelajari adalah subjek Anatomi, Fisiologi, Fizik, Patologi, Psikologi dan Sosiologi, Sains Pergerakan, Kardiorespiratori, Muskuloskeletal, Neurologi, Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Biomekanik, Agen Elektro-fizikal dan Kinesiologi...Banyak kan? Sebab tu kalau ada profesyen kesihatan lain yang menggelar Ahli Fisioterapi sebagai "Tukang Urut" hemmm..hanginnnn la kami sebab kami tau skop fisioterapi sangat luas..baiklah..sampai sini saja untuk kali ni...

6 comments:

.. MIEKA LOLIPOP .. said...

hye . saya baru nak ambil dip.fisio . cuma nak tnya susah sgt ke fisio ni mcm org lain ckp ? smpi ad yang tukar kos ?

jannah anah said...

hai... nk tanye.. biasanya course fisio ni top dkat university mana? kalau oversea, biasanya negara mana yg top?

Neuro Rehab said...

Physio top dekat Australia. boleh apply sana. kalau nak mencari machine ift/combi/ultrasound/shockwave/tens/tilt table..etc. boleh email pd saya neurorehab123@gmail.com TQ

Neuro Rehab said...

Physio top dekat Australia. boleh apply sana. kalau nak mencari machine ift/combi/ultrasound/shockwave/tens/tilt table..etc. boleh email pd saya neurorehab123@gmail.com TQ

Farish Farisyaa said...

Haii sis ,sye ada email sis ,, sye hrp sis bce n balas ,, tq

Farish Farisyaa said...

Haii sis ,sye ada email sis ,, sye hrp sis bce n balas ,, tq