Sunday, June 17, 2012
status: confirmed!
Kelmarin saya telah menjalani ujian saringan Talasemia..Seperti yang dijangka, saya adalah pembawa gen talasemia..
Untuk makluman semua, talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mana penghasilan struktur hemoglobin di dalam sel darah merah yang tidak normal. Hemoglobin ini terdiri daripada dua rantaian protein globulin yang utama iaitu alpha dan beta.
Ada beberapa jenis penyakit talasemia iaitu talasemia alpha (a) dan talasemia beta (ß). Seseorang boleh mewarisi satu gen daripada ibu atau bapa dan menjadi pembawa talasemia minor. Sementara itu sekiranya mewarisi dua gen iaitu setiap satu daripada ibu dan bapanya maka mereka akan menghidap talasemia major.
Kecacatan gen pada pesakit talasemia akan menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal dan tidak mencukupi. Hemoglobin adalah komponen darah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Kesan kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit akan kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobin yang rendah. Keadaan ini juga dipanggil anemia bagi pesakit jenis talasemia major.
Majoriti pesakit talasemia minor pula tidak menyedari mereka adalah pembawa gen ini sehinggalah mereka menjalani ujian darah ataupun mereka mempunyai anak yang disahkan menghidap talasemia major. Anak yang lahir sebagai talasemia major akan menunjukkan simptom apabila mencapai usia 3-18 bulan.
Apa yang pasti, pesakit memerlukan pemindahan darah setiap 6 - 8 minggu sepanjang hayatnya. Transfusi darah yang berterusan boleh menyebabkan zat besi berkumpul secara berlebihan di dalam tubuh dan ia dapat dikeluarkan menerusi kaedah chelation therapy.
Jika seseorang pesakit talasemia minor berkahwin dengan seorang yang normal, ada 50 peratus kemungkinan anak yang dikandung akan menjadi pembawa talasemia minor dan 50 peratus lagi normal. Manakala jika kedua-dua suami isteri adalah pembawa talasemia minor, ada 50 peratus kemungkinan anak yang dikandung menjadi pembawa, 25 peratus kemungkinan akan menghidap penyakit talasemia major dan 25 peratus lagi dilahirkan normal.
Di Malaysia, penyakit talasemia adalah masalah kesihatan yang besar yang mana kira-kira 3 - 5 peratus daripada penduduk kita adalah pembawa pe-nyakit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memulakan Program Saringan Talasemia Kebangsaan sebagai program kawalan dan langkah pencegahan. Di antara objektif program ini adalah untuk mengesan pembawa gen talasemia, menyedarkan masyarakat mengenai kadar kematian kes talasemia serta impak penyakit itu kepada individu, keluarga dan komuniti.
Saringan penyakit ini dapat dilakukan dengan mengambil darah sebanyak 2.5 mililiter untuk ujian darah ÔFull Blood Count.Õ Julat normal hemoglo-bin 3-18 g/dL. Sekiranya didapati hemoglobin (Hb) rendah dan parameter Mean Corpuscular Haemogolobin (MCH) adalah < 27pg, ada kemungkinan pesakit menghidapi anemia dan rawatan yang sewajarnya akan diberikan.
Jika pesakit tidak memberi sebarang respon kepada zat besi yang diberikan atau bagi individu yang mempunyai Hb normal tetapi MCH < 27pg, ujian lanjutan analisis hemoglobin akan dijalankan. Melalui kaedah ini, talasemia beta dan beberapa jenis talasemia hemoglobinopati yang lain seperti Hb E, Sickle cells, Hb Constant Spring boleh dikenal pasti. Diagnosis untuk Talasemia Alpha pula hanya boleh dilakukan melalui kaedah Polymerase Chain Reaction (PCR) iaitu suatu ujian analisis DNA.
Bagi ibu hamil yang mana kedua-dua pasangan adalah pembawa gen talasemia, ujian pranatal diagnosis boleh dijalankan dengan mengambil darah janin, cecair amniotik atau korionik villi bagi ujian analisis DNA. Amatlah digalakkan agar mereka yang mengetahui pasangan atau ahli keluarganya menghidap atau pembawa talasemia berjumpa doktor dan membuat ujian saringan.
(berita harian)
Oleh itu, ketahuilah status anda..jalanilah ujian saringan talasemia..Talasemia Boleh Dicegah..
Friday, June 8, 2012
Cobaannn..
Hari ini genap 5 hari saya terpaksa pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki. Nasib baik saya tinggal berdekatan dan mengambil masa cuma 5 minit untuk sampai ke tempat kerja.Oh itu belum ditambah dengan 3 minit ke tempat mesin punch card dan pergi ke Ofis saya semula selama 3 mint..so jumlah untuk saya sampai ke tempat kerja sebenarnya ialah 11 minit..berjalan kaki.. a very very very BIG thank you to'someone' yang tidak berhati-hati me'reverse' keretanya dan menyebabkan kereta saya jadi mangsa hentaman..Menurut sumber yang terdekat yang juga berada berdekatan dengan tempat kejadian, bunyi dari impak langgaran tersebut mengejutkan semua pesakit yang mendapat rawatan ditempat berkenaan. semua bimbang kereta mereka yang dilanggar..tapi minta maaf ya amai2 sekalian..anda kurang bertuah kerana kereta yang berjaya dilanggar ialah kereta ku..auuuccchhhh..setiap hari bila balik ke rumah, saya tidak berhenti2 meratapi nasib..huhuhu..kenapa semua ini terjadi kepada ku??akibat kecuaian orang lain, saya yang terseksa..mau shopping sayur dipasar pun tidak dapat..mau shopping di milimewa pun aghhh tidak dapat..takkan mau naik van pi kedai..oh nooo..kenapa saya perlu bersusah payah kerana kesilapan orang lain???tapi itu hari pertama sahaja..bila hari kedua saya berjalan kaki, saya sudah mengubah pemikiran saya..positive thinking konon..untuk mengubati hati..anggap saja lah saya bersenam pagi dan petang..kan saya mau lose weight..senaman lah sikit..kasi keluar peluh..then, nda payah lah shopping2 tu..jimat sikit duit tu..tidaklah asyik terbeli benda yang tidak penting dan membazir..yaa..menggelakkan pembaziran...one more thing..sejak dari peristiwa ini, saya dapat tahu siapa kawan siapa lawan..yang yang ambil berat dan siapa yang buat derrkkk ja..siapa yang comforting me,siapa yang buat endah tak endah..its opened my eyes.i can see who loves me and who don't..uisseehh..mcm merajuk jak kunun..last but not least, saya amat berterima kasih kepada my family, my friends yang byk bagi support kepada saya selama saya ditimpa musibah..hukhukhuk..love you all...mmmuuaaahhhh..anyongg..
Saturday, June 2, 2012
let's sing together :)
Lyrics | Baek Ji Young lyrics - That Woman lyrics
Since, lagu ni jadi favourite saya buat masa sekarang, i have no choice..hehe..jom nyanyi sama2..oh ya..nanti saya selitkan juga lirik lagu ni in english..
A woman loves you.
The woman loves you wholeheartedly.
She follows you around like a shadow every day.
She smiles but is actually crying.
How much longer do I just have to look at you, alone.
This love that came like wind,
This love that is like a beggar,
If I continue this, will you love me?
Just come a little nearer
just a little bit.
Please don’t step back
I, the one who loves you,
is still next to you.
That woman is crying.
That woman is very shy
So she learnt how to smile
Her heart is so full of tear,
She can't even share her story with
her best friend
That's why, that woman
loved you
Cause you were so like her
another fool.
yet another fool
Please give me a hug before you leave me
I want to be loved, dear.
That's all I wanted
She shouts, just in her heart
just in her heart.
No one can hear her
but that woman is still next you
Do you know that
I am that woman?
You don't do you?
Because you are just a fool.
how much
how much longer
Do I have to love you like this
This love that is like a fool
This love that is like a beggar
would you love me?
That woman, who loves you
is still next you and she is still crying.
Friday, June 1, 2012
Baek Ji Young - That Woman live HD
she is so amazing..tears are falling from my eyes from the beginning of the song..syahdu betul..huahuahua.. cerita drama Secret Garden besttt walaupun agak mengarut..haha
Subscribe to:
Posts (Atom)
speechless (How to help someone who is grieving)
Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...
-
Hello everybody..apa khabar? how are you?..Have you heard of Agnes Keith before?Siapa itu Agnes Keith? Beliau adalah penulis buku 'Land ...
-
Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tenta...
-
Hari ni, kebetulan pula kami turun kat Tamu Kota Belud..Ehhh..unduk ngadau lagi???yaa..snap snap lagiiii..walaupun hanya separuh sahaja yang...