Ni padi huma kat kampung..Penat giler buat ladang ni..langkah pertama ialah 'mongurak' (ertinya membersihkan ladang ) lepas tu 'mangasok' (menanam padi ). Time mangasok ni kena ramai2 lah..kalau setakat 2 orang, alamatnya minggu depan baru habis tanam padi..then, langkah yang terakhir ialah ' mongomot' (menuai padi )..Dulu masa saya di darjah 5, pernah juga saya ikut mongomot kat padi sawah orang..saja2 ja ikut jiran..upah dia, satu guni padi = RM5..saya dapat jugalah mongomot 1 guni padi dalam masa sehari!taklah penuh sangat tapi kena bayar full juga..tuan tanah kesian kot tengok time tu budak2 lagi kan..punyalah saya happy dapat duit..itulah duit pertama yang saya perolehi dengan hasil titik peluh sendiri.hehe..Ni perjalanan nak ke Pantai Dudar. Kami terpaksa mendayung untuk sampai ke pantai sebab enjin bot uncle rosak..tak dapat start up la pula..punyalah penat mendayung..hampir2 cramp tangan saya..huhu
OK..till we meet againnn...
3 comments:
nguah2..hrp2 tahun ni ada can g mintolop.
Dudar memang banyak pemandangan yang cantik.
yes...i agree
Post a Comment