Pagi tadi, saya dan student2 menghadiri acara sambutan Hari Raya di Pemulihan Dalam Komuniti, Kudat. Bagi yang tidak berapa familiar dangan PDK ni, nah..saya copy paste dari website JKM..hehe..
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa.
Objektif PDK
Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.
Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
* Home Based.
* Centre Based.
* Centre-Home Based.
Aktiviti PDK
* Kemahiran motor kasar.
* Kemahiran motor halus.
* Perkembangan sosial.
* Perkembangan bahasa.
* Pengurusan diri sendiri.
* Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
* Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
* Latihan Vokasional.
* Terapi muzik.
* Sukan dan rekreasi.
Sekali dalam seminggu, kami akan datang ke PDK untuk memberikan perkhidmatan Fisioterapi kepada kanak2 OKU terutamanya kanak2 Cerebral Palsy..kita kasi Exercise la ni..sambutan raya kali ni disambut agak sederhana dan kami memang sudah sedia maklum..jom tgk gambar..hehe
Pelatih PDK dan Pengajar menyampaikan lagu Hari Raya
Para 'super-mom'
Jelingan c jijan nieee..hehe
madam yg sentiasa looks gorgeous
ibu muda yg tabah..i pun even older than her but salute her la..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
speechless (How to help someone who is grieving)
Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...
-
Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tenta...
-
Hello everybody..apa khabar? how are you?..Have you heard of Agnes Keith before?Siapa itu Agnes Keith? Beliau adalah penulis buku 'Land ...
-
Hari ni, kebetulan pula kami turun kat Tamu Kota Belud..Ehhh..unduk ngadau lagi???yaa..snap snap lagiiii..walaupun hanya separuh sahaja yang...
1 comment:
Hi there. Thanks for the info, was looking for the centre's detail when I stumbled across you bloggie.. :)
Been there for a visit too..
check it out. ;p
http://megermainee.blogspot.com/2011/08/update-update-whee-went-to-few-places.html
Post a Comment