Wednesday, July 6, 2011

Khasiat Minyak Zaitun (olive oil)


hai hai..apa khabar?saya pening2 sebab banyak menghadap komputer..yalah, akreditasi pun makin dekat. banyak dokumen2 yang kena buat, kena update dan macam2 lagi..sekarang pun masih menghadap komputer..hehe..oklah..kalau dulu, saya ada berkongsi info tentang minyak kelapa dara, sekarang saya nak kongsi khasiat minyak zaitu la pula..sumber: wikipedia..hehe
Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.

Kegunaan

Seperti pokok kelapa, setiap bahagian pokok zaitun ada kegunaan kepada manusia. Sememangnya zaitun ialah satu lagi anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini telah diakui dunia perubatan.
[sunting] Minyak Zaitun

Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.

Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) ”

.

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
“ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
Daun dan batang zaitun

Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.

Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu.

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia.

Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.

Menurut riwayat, setelah bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh, pokok zaitun merupakan objek pertama yang kelihatan.

zie's note: wah..banyaknya khasiat minyak zaitun ni..terasa mau beli terus esok..:-)..oklah..jumpa lagi..

4 comments:

Kak Imun said...

Saya ada simpan minyak zaitun sebotol di rumah. Klu tiada minyak rambut, sy guna minyak tu utk sapu rambut zira. Memang bagus tu....:)

zie said...

waa..bagus tuh..mau beli ni :-)

windi said...

testimoni: semenjak saya amalkan sapu minyak zaitun kalau rambut kering, rambut saya jarang gugur.

ann aziz said...

bagus info ni :)

speechless (How to help someone who is grieving)

Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...