KISAH Nabi Ibrahim yang sanggup ‘mengorbankan’ anaknya, Nabi Ismail demi melaksanakan perintah Allah menjadi ingatan dan iktibar setiap kali musim haji dan sambutan Aidiladha. Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Ismail untuk melaksanakan perintah Allah itu adalah simbolik kepada ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam. Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya
Nabi Ismail, baginda membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan
100 unta di jalan Allah.
Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka manusia dan malaikat kagum dan kehairanan. Nabi Ibrahim bersabda: “Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku.
Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan kusembelih di
jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah.”
Ketika Nabi Ibrahim tiba di Iradhil Muqaddasah (bumi yang disucikan), baginda
memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak dan Allah mengabulkan
permohonannya. Akhirnya, baginda dikurniakan seorang anak lelaki.
Tatkala, anaknya iaitu Nabi Ismail pandai berjalan dan berusia tujuh tahun (sesetengah
sirah menerangkan 13 tahun), Nabi Ibrahim mendapat mimpi iaitu baginda mendengar
suara yang berkata: “Hai Ibrahim, tunaikan nazar kamu!”
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim berfikir: “Apakah mimpi itu datangnya daripada Allah atau syaitan?” Selanjutnya, pada malam kedua, Nabi Ibrahim bermimpi lagi, sama seperti mimpinya
terdahulu. Maka, keesokan harinya, baginda tahu bahawa mimpinya itu adalah daripada
Allah.
Pada malam ketiganya, beliau bermimpi lagi seperti sebelumnya hingga Nabi Ibrahim
pasti bahawa mimpi itu datang daripada Allah yang bermaksud baginda perlu
menunaikan nazar dengan menyembelih anaknya sebagaimana yang dijanjikan.
Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi melaksanakan penyembelihan, beliau berkata kepada
ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar yang berbunyi: “Hai Hajar, pakaikan anakmu Ismail
dengan pakaian yang paling baik dan bagus kerana aku akan pergi dengannya.”
Maka, Siti Hajar memakaikan pakaian, memberi haruman dan membersihkan tubuh anaknya sebelum menyerahkannya kepada suaminya. Kemudian, Nabi Ibrahim pergi bersama anaknya dengan membawa tali dan pisau yang
tajam berhampiran Mina.
Ketika itu, musuh Allah iaitu iblis terkutuk sudah sedia menanti untuk menggoda dan dia tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Dalam perjalanan Nabi Ibrahim ke Mina, Nabi Ismail kelihatan ceria dan sering berlari meloncat ke hadapan ayahnya. Maka, iblis berkata kepada Nabi Ibrahim: “Wahai Ibrahim, apakah engkau tidak memperlihatkan betapa tampan parasnya, bagus badannya dan kesantunan peri lakunya?”
Kata Nabi Ibrahim: “Ya, tetapi aku diperintah Tuhanku untuk itu.”
Ketika iblis terkutuk itu putus asa terhadap Nabi Ibrahim, lalu dia pergi mendapatkan Siti
Hajar dan berkata: “Wahai Hajar, bagaimana boleh engkau duduk-duduk saja, sedangkan Ibrahim sudah pun pergi dengan anakmu dan akan menyembelihnya?” Kata Siti Hajar: “Jangan engkau berdusta, aku tidak pernah tahu seorang ayah sanggup menyembelih anaknya sendiri.” “Itulah sebabnya dia keluar dengan anakmu membawa tali dan pisau. Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu,” katanya iblis. Siti Hajar menjawab: “Nabi itu tidak pernah diperintah untuk sesuatu yang batil dan saya
sendiri bersedia untuk menebus perintah itu dengan jiwa sendiri, betapa pula jika hanya
dengan jiwa anakku?”
Ketika iblis terkutuk berputus asa terhadap Siti Hajar, maka dia pergi kepada Nabi Ismail
seraya berkata: “Sungguh engkau bersenang-senang, sedangkan ayah kamu membawa
tali dan pisau untuk menyembelih kamu.”
Nabi Ismail berkata: “Jangan engkau berdusta, mengapa ayah aku akan menyembelihku?”
Iblis menjawab: “Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu.”
Nabi Ismail berkata: “Aku memperhatikan dan mentaati perintah Tuhanku.”
Ketika iblis terkutuk itu cuba untuk melontarkan godaan yang lain, maka terlebih dulu
Nabi Ismail mengambil seketul batu dan melemparkannya kepada iblis sehingga mata kirinya pecah dan buta. Lalu dia pergi dengan sia-sia lagi rugi. Ketika Nabi Ibrahim tiba di Mina, baginda berkata kepada puteranya: “Hai anakku,
sungguh aku melihat dalam tidurku (dalam mimpi aku) bahawa aku menyembelih
engkau, cuba engkau pula perhatikan bagaimana pendapat kamu?”
Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah
ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang
diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.”
Tatkala Nabi Ibrahim mendengar kata-kata puteranya, baginda tahu bahawa doanya
kepada Allah sudah dikabulkan iaitu: “Rabbi Hablii Minash Shalihiin (Ya Tuhanku,
berikanlah kepada anak yang soleh).”
Kemudian Nabi Ismail berkata kepada ayahnya: “Wahai ayah, aku sampaikan beberapa
pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak
yang mungkin menyakitkan ayah;
“Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku; “Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun
sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia
menjadi susah.
“Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher aku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali. “Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta
sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap
perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih
aku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
“Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu
sedih mengenangkan aku. Dan ayah mengetahui anak seperti aku hendaklah ayah tidak
melihatnya hingga nanti ayah menjadi susah dan duka.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.” Kemudian ketika kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah, Nabi Ibrahim membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih. Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya
supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga dapat
menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah.
NABI Ibrahim sedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail seperti yang diperintah oleh Allah. Kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah. Nabi Ibrahim kemudian membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih. Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya.
Perkara ini supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga
dapat menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah
more... Perintah itu dilaksanakan pada sisi batu besar di Mina. Ada yang menerangkan di suatu tempat yang dekat dengan Mina. Nabi Ibrahim meletakkan pisau pada leher puteranya, maka baginda memotongnya dengan sangat kuat sekali, namun ia masih tidak mampu memutuskan leher anaknya. Sesungguhnya, Allah membuka tutup mata malaikat di langit dan laut. Ketika malaikat
melihat bahawa Nabi Ibrahim menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, mereka
tersungkur sujud kepada Allah.
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku,
bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap
keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan sesuatu ketika Aku berfirman:
‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah.’ Engkau berkata:
‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan
menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”
Kemudian Nabi Ismail berkata: “Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku
supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa, ertinya terpaksa dalam
mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu,
bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya
sendiri atau dengan sukarela.”
Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan,
serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat
tenaganya.
Pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah. “Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana masih ada cintamu kepadaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelih aku,” kata Nabi Ismail. Maka, Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
“Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher anakku,” kata Nabi Ibrahim. Pisau itu berkata dengan izin Allah: “Wahai Ibrahim, engkau mengatakan ‘potonglah’
sedang Tuhan seru sekalian alam berfirman: ‘Jangan engkau potong’. Maka bagaimana
aku mentaati engkau, sedang aku harus menderhakai Tuhan engkau?”
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami menyeru: Hai Ibrahim, sungguh
engkau membenarkan mimpi. Ertinya, apa-apa yang engkau perlihatkan daripada
beberapa pemandangan, hingga tampak bagi hamba-Ku, bahawa engkau sungguh-
sungguh memiliki keredaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anakmu.
“Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada
perintah-Ku. Sungguh, ini adalah ujian yang nyata, iaitu penyembelihan itu adalah ujian
yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas, dari yang tidak ikhlas atau juga ujian
yang nyata sulit sekali, kerana tidak ada yang sesulit itu.
“Maka, Kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar
dari syurga, iaitu kambing kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima
daripadanya. Dan korban kambing itu tetap berada di syurga, hingga Nabi Ismail ditebus
atau digantikan dengan kambing itu.
“Kerana itu, kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kambing
kibas, ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya
itu.”
Malaikat Jibril berseru untuk mengagungkan Allah dan kagum terhadap perbuatan Ibrahim seraya berucap: “Allahu, Akbar, Allahhu Akbar.” Maka, Nabi Ibrahim membalasnya dengan ucapan: “Laa Ilaha Illallaahu Allahu Akbar.”
Dan Nabi Ismail pun menyambutnya: “Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”
Maka, Allah menganggap baik kalimat ini, lalu mewajibkan kita sekalian
mengucapkannya kerana mengikuti jejak Nabi Ibrahim.
Subhanallah..
web Rujukan: http://www.scribd.com/doc/7898509/KISAH-Nabi-Ibrahim-Yang-Sanggup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
speechless (How to help someone who is grieving)
Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...
-
Hello everybody..apa khabar? how are you?..Have you heard of Agnes Keith before?Siapa itu Agnes Keith? Beliau adalah penulis buku 'Land ...
-
Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tenta...
-
Hari ni, kebetulan pula kami turun kat Tamu Kota Belud..Ehhh..unduk ngadau lagi???yaa..snap snap lagiiii..walaupun hanya separuh sahaja yang...
2 comments:
Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam dan seluruh isinya.....!
Subhanallah..besar betul pengorbanan itu...
Post a Comment