Sunday, October 30, 2011

Korban..

Assalamualaikum..apa khabar?baru sy sedar..tahun ni entry kat blog ni sangat la ciput..compared to last year, jauh bebenor bezanya..kenapakah ni boleh berlaku??emmm..busy sangatkah aku?..haha..busy laaa sangattt..eh, Hari Raya Aidiladha dah tak lama lagi..minggu depan ja..sempena mengingati Hari Raya Korban yang just sround the corner, jom buat revision balik ttg ibadah korban ni..

PENGERTIANQURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan
yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing
pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhi ah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13
Zulhi ah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUMMELAKUKANIBADAHQURBAN

1) Sunat
• Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah Sunat Muakkadah
iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang
merdeka, berakal, baligh lagi rasyid (cerdik) serta berkemampuan melakukannya sama
ada sedangmengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
2) Makruh
• Makruhmeninggalkan ibadah ini bagi orang yangmampumelakukannya.
3) Wajib
• Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk
melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta’yin) untuk melaksanakannya seperti
seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Daging qurban wajib tidak dibenarkan
untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya
4) Haram
• Jika tidak dilakukan oleh orang yang bernazar untuk melakukannya.

DALILIBADAHQURBAN

Qurban sangat dituntut dalamIslam. Dalil yangmenerangkan waktu korban ialah
firman Allah s.w.t.:
Ertinya: "Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berqurbanlah kerana-Nya."
Ertinya: "Daging dan darah binatang qurban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

SYARATSAHQURBAN

1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada
kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau
memudaratkan kesihatan.
2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban iaitu:
o Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr atau Idul Adha pada (10 Zulhijjah)3
o Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki
dari ufuk.
o Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenammatahari pada 13 Zulhijjah
3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

SYARAT BINATANG QURBAN

Ulama’ bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang
diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama
ada jantan atau betina. Di antara syarat-syaratnya adalah:
1. Unta - berumur 5 tahunmasuk ke 6 tahun.
2. Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun lebih.
3. Biri-biri/kibas - Setahunmasuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belumcukup
setahun tetapi melebihi 6 bulan.
4. Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor,
gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya. Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati
oleh Ulama’yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra’ bin Azib iaitu
sabda Rasullah SAWyang bermaksud : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban
iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
Daripada hadith di atas Ulama’ telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya
atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang
terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walaupun sedikit.
4. Haiwan yang barumelahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.4
6. Buta sebelahmata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang

Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut,
wajarlah diamelaksanakannya.
5. Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi
zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
6. Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan
yang terbelah atau bertebuk telinganya.
7. Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga
yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya
bermaksud aqiqah dan yang lainnya keranamahukan dagingnya sahaja.
8. Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi
dengan orang lain dalampahala berqurban dengan seekor korban itu.
9. Adalah afdhal dibuat qurban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk
dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
10. Berqurban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana
daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
11. Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang
dikongsi oleh tujuh orang.

(to be continue..)
Rujukan: http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/dokumen/ibadahqurbanaqiqah.PDF

No comments: