Wednesday, December 26, 2012
Back to December
Assalamualaikum...apa khabar?yeahhh..it's been a while sy tidak memasukkan sebarang entry untuk blog ni..kesian blog saya..minta maaf ya..bagi tahun 2012 ni,ntah berapa ja entry yg sy telah masukkan..OK lah, memandangkan kita kini bakal meninggalkan tahun 2012 dan menghampiri tahun 2013, izinkan saya untuk memberi ucapan penutup..aisehhh..Sepanjang tahun 2012 ini, kepada kaum keluarga/sahabat2/rakan sekerja/siapa2 sahaja....kepada yang telah melangsungkan perkahwinan...tahniahhhh..selamat pengantin baru,semoga berkekalan hingga akhir hayat..kepada yang telah melangsungkan pertunangan..tahniah dan selamat bertunang..kepada yang dikurniakan cahaya mata..tahniah...semoga rezeki bertambah murah dan murah dan murah..kepada yang telah mendapat pekerjaan..tahniah..kerja baik2..kepada yang dapat masuk Universiti/Matrikulasi..tahniah..belajar rajin2..kepada yang telah membeli kereta baru..wahh seronoknya dan selamat membayar ccm..kepada yang sudah graduate dari Kolej..tahniah dan semoga cepat2 mendapat kerja..kepada yang single ke available..tahniah..semoga urusan di kemuadian hari akan dipermudahkan..kepada yg available ke single..don't worry..kumbang/bunga bukan seekor/sekuntum..kepada sesiapa yang saya kenali..i love u all...mmmuuuuuaaahhhh...Happy New Year 2013!!!cheeerrrrrrssss..(awalnya ber new year)hehe...
Tuesday, October 9, 2012
My Treat!!
Hey guys..long time no see..are you hungry??let's have some to eat then..oh ya..it's my treat..let's have mee sup KB for lunch..yeahhh..the classic taste of mee sup..enjoy!
YUMMERSS!!Meehun Sup Daging
Hai mama ku...
Jom lah ke Tamu Kota Belud..macam-macam ada and one of them is Mee Sup KB..rasa mee sup yang classic..sekali cuba, mau lagi..nyummmm..
Monday, September 3, 2012
special day
Today is a veryy special day to me..yeahh..i'm officially turns 30 years old today..hari ni saya berkongsi harijadi dengan few of my friend..caroline, Rohaidah, Sahariah..dll..hehe..happy birthday to us..ahli2 3 september..emmm..my birthday wish??i hope i will be given a good health, good rezeki, good friend and so on..disini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa serta keluarga kerana terpaksa bertahan dengan sikap saya selama 30 tahun hidup didunia..i don;t mean to make you guys life misery by my keras kepala, degil, dll..i'm so sorry..maafkan segala kesalahan dan kesilapan sepanjang 30 tahun saya hidup.halalkan segala makan minumku...hukhukhuk..last but not least..i love you all...mmmmuuuaaahhhhhh..
Tuesday, August 14, 2012
Rezeki di Bulan Ramadhan
Alhamdulillah, hari ini sudah 25 hari umat islam menjalani ibadah puasa..syukur juga sebab saya dapat menjalani ibadah puasa tanpa masalah..setakat demam2, pening2 tu biasalah..berat badan pun turun 3 kilo.kekeke!bolehlah daripada tiada..Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang mempunyai banyak kelebihan.Antara kelebihannya ialah:
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari,
Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala
meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,
maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis
riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
(sumber: http://tadika.mytadika.com/pdf%20files/fadhilat%20ramadhan3.pdf )
Begitulah antara kelebihan bulan ramadhan...bagi saya pula, saya bersyukur sebab rezeki melimpah ruah semasa bulan ramadhan ni..alhamdulillah..tiba2 macam2 tunggakan pula dapat..bonus raya lagi..alhamdulillah :) selamat berpuasa semua..
Gary Barlow - Love Won't Wait
"Love takes time (love takes time)
But you've been taking too long
Time never waited for anyone
Don't wait too long, I'll be gone"
Friday, August 3, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Monday, July 9, 2012
[HD] U-KISS - 0330 MV [Eng Sub + Romanization]_HD
Terdengar lagu ni masa tgk Running Man..Ji Hyo dengan HaHa baru start2 close to each other..
Sunday, June 17, 2012
status: confirmed!
Kelmarin saya telah menjalani ujian saringan Talasemia..Seperti yang dijangka, saya adalah pembawa gen talasemia..
Untuk makluman semua, talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mana penghasilan struktur hemoglobin di dalam sel darah merah yang tidak normal. Hemoglobin ini terdiri daripada dua rantaian protein globulin yang utama iaitu alpha dan beta.
Ada beberapa jenis penyakit talasemia iaitu talasemia alpha (a) dan talasemia beta (ß). Seseorang boleh mewarisi satu gen daripada ibu atau bapa dan menjadi pembawa talasemia minor. Sementara itu sekiranya mewarisi dua gen iaitu setiap satu daripada ibu dan bapanya maka mereka akan menghidap talasemia major.
Kecacatan gen pada pesakit talasemia akan menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal dan tidak mencukupi. Hemoglobin adalah komponen darah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Kesan kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit akan kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobin yang rendah. Keadaan ini juga dipanggil anemia bagi pesakit jenis talasemia major.
Majoriti pesakit talasemia minor pula tidak menyedari mereka adalah pembawa gen ini sehinggalah mereka menjalani ujian darah ataupun mereka mempunyai anak yang disahkan menghidap talasemia major. Anak yang lahir sebagai talasemia major akan menunjukkan simptom apabila mencapai usia 3-18 bulan.
Apa yang pasti, pesakit memerlukan pemindahan darah setiap 6 - 8 minggu sepanjang hayatnya. Transfusi darah yang berterusan boleh menyebabkan zat besi berkumpul secara berlebihan di dalam tubuh dan ia dapat dikeluarkan menerusi kaedah chelation therapy.
Jika seseorang pesakit talasemia minor berkahwin dengan seorang yang normal, ada 50 peratus kemungkinan anak yang dikandung akan menjadi pembawa talasemia minor dan 50 peratus lagi normal. Manakala jika kedua-dua suami isteri adalah pembawa talasemia minor, ada 50 peratus kemungkinan anak yang dikandung menjadi pembawa, 25 peratus kemungkinan akan menghidap penyakit talasemia major dan 25 peratus lagi dilahirkan normal.
Di Malaysia, penyakit talasemia adalah masalah kesihatan yang besar yang mana kira-kira 3 - 5 peratus daripada penduduk kita adalah pembawa pe-nyakit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memulakan Program Saringan Talasemia Kebangsaan sebagai program kawalan dan langkah pencegahan. Di antara objektif program ini adalah untuk mengesan pembawa gen talasemia, menyedarkan masyarakat mengenai kadar kematian kes talasemia serta impak penyakit itu kepada individu, keluarga dan komuniti.
Saringan penyakit ini dapat dilakukan dengan mengambil darah sebanyak 2.5 mililiter untuk ujian darah ÔFull Blood Count.Õ Julat normal hemoglo-bin 3-18 g/dL. Sekiranya didapati hemoglobin (Hb) rendah dan parameter Mean Corpuscular Haemogolobin (MCH) adalah < 27pg, ada kemungkinan pesakit menghidapi anemia dan rawatan yang sewajarnya akan diberikan.
Jika pesakit tidak memberi sebarang respon kepada zat besi yang diberikan atau bagi individu yang mempunyai Hb normal tetapi MCH < 27pg, ujian lanjutan analisis hemoglobin akan dijalankan. Melalui kaedah ini, talasemia beta dan beberapa jenis talasemia hemoglobinopati yang lain seperti Hb E, Sickle cells, Hb Constant Spring boleh dikenal pasti. Diagnosis untuk Talasemia Alpha pula hanya boleh dilakukan melalui kaedah Polymerase Chain Reaction (PCR) iaitu suatu ujian analisis DNA.
Bagi ibu hamil yang mana kedua-dua pasangan adalah pembawa gen talasemia, ujian pranatal diagnosis boleh dijalankan dengan mengambil darah janin, cecair amniotik atau korionik villi bagi ujian analisis DNA. Amatlah digalakkan agar mereka yang mengetahui pasangan atau ahli keluarganya menghidap atau pembawa talasemia berjumpa doktor dan membuat ujian saringan.
(berita harian)
Oleh itu, ketahuilah status anda..jalanilah ujian saringan talasemia..Talasemia Boleh Dicegah..
Friday, June 8, 2012
Cobaannn..
Hari ini genap 5 hari saya terpaksa pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki. Nasib baik saya tinggal berdekatan dan mengambil masa cuma 5 minit untuk sampai ke tempat kerja.Oh itu belum ditambah dengan 3 minit ke tempat mesin punch card dan pergi ke Ofis saya semula selama 3 mint..so jumlah untuk saya sampai ke tempat kerja sebenarnya ialah 11 minit..berjalan kaki.. a very very very BIG thank you to'someone' yang tidak berhati-hati me'reverse' keretanya dan menyebabkan kereta saya jadi mangsa hentaman..Menurut sumber yang terdekat yang juga berada berdekatan dengan tempat kejadian, bunyi dari impak langgaran tersebut mengejutkan semua pesakit yang mendapat rawatan ditempat berkenaan. semua bimbang kereta mereka yang dilanggar..tapi minta maaf ya amai2 sekalian..anda kurang bertuah kerana kereta yang berjaya dilanggar ialah kereta ku..auuuccchhhh..setiap hari bila balik ke rumah, saya tidak berhenti2 meratapi nasib..huhuhu..kenapa semua ini terjadi kepada ku??akibat kecuaian orang lain, saya yang terseksa..mau shopping sayur dipasar pun tidak dapat..mau shopping di milimewa pun aghhh tidak dapat..takkan mau naik van pi kedai..oh nooo..kenapa saya perlu bersusah payah kerana kesilapan orang lain???tapi itu hari pertama sahaja..bila hari kedua saya berjalan kaki, saya sudah mengubah pemikiran saya..positive thinking konon..untuk mengubati hati..anggap saja lah saya bersenam pagi dan petang..kan saya mau lose weight..senaman lah sikit..kasi keluar peluh..then, nda payah lah shopping2 tu..jimat sikit duit tu..tidaklah asyik terbeli benda yang tidak penting dan membazir..yaa..menggelakkan pembaziran...one more thing..sejak dari peristiwa ini, saya dapat tahu siapa kawan siapa lawan..yang yang ambil berat dan siapa yang buat derrkkk ja..siapa yang comforting me,siapa yang buat endah tak endah..its opened my eyes.i can see who loves me and who don't..uisseehh..mcm merajuk jak kunun..last but not least, saya amat berterima kasih kepada my family, my friends yang byk bagi support kepada saya selama saya ditimpa musibah..hukhukhuk..love you all...mmmuuaaahhhh..anyongg..
Saturday, June 2, 2012
let's sing together :)
Lyrics | Baek Ji Young lyrics - That Woman lyrics
Since, lagu ni jadi favourite saya buat masa sekarang, i have no choice..hehe..jom nyanyi sama2..oh ya..nanti saya selitkan juga lirik lagu ni in english..
A woman loves you.
The woman loves you wholeheartedly.
She follows you around like a shadow every day.
She smiles but is actually crying.
How much longer do I just have to look at you, alone.
This love that came like wind,
This love that is like a beggar,
If I continue this, will you love me?
Just come a little nearer
just a little bit.
Please don’t step back
I, the one who loves you,
is still next to you.
That woman is crying.
That woman is very shy
So she learnt how to smile
Her heart is so full of tear,
She can't even share her story with
her best friend
That's why, that woman
loved you
Cause you were so like her
another fool.
yet another fool
Please give me a hug before you leave me
I want to be loved, dear.
That's all I wanted
She shouts, just in her heart
just in her heart.
No one can hear her
but that woman is still next you
Do you know that
I am that woman?
You don't do you?
Because you are just a fool.
how much
how much longer
Do I have to love you like this
This love that is like a fool
This love that is like a beggar
would you love me?
That woman, who loves you
is still next you and she is still crying.
Friday, June 1, 2012
Baek Ji Young - That Woman live HD
she is so amazing..tears are falling from my eyes from the beginning of the song..syahdu betul..huahuahua.. cerita drama Secret Garden besttt walaupun agak mengarut..haha
Thursday, May 24, 2012
Quote of the day
All our dreams come true if we have the courage to pursue them - Walt Disney
it's the COURAGE..i have a dream but my dream never came true..then i replace the old dream with other dream..and it also never came true..i keep wondering why???why??nokuro??now i've come to realize that my dream never come true because i don't have the courage to pursue them. i am the person who lack of courage to pursue her own dream.. arrghh..life is so hard..emmm see??no courage..haiyaaa.. from now on, i will try my very best to pursue my dream..with courage.. Thank you Mr. Walt Disney..
Thursday, May 10, 2012
Saturday, April 14, 2012
Korean Drama!!
Haiyaaa...semenjak dua menjak ni asyik tgk drama korea ja..actually saya mmg dari dulu tgk drama n filem korea ni tapi tidaklah ambil peduli sangat..sorang pun saya tidak tahu nama actress atau actor dia..lagipun nama korea ni ssh mau ingat..hehe..sekarang i dah kenal Lee Min Ho tau..hahahaha..so jgn hairan lah klau blog ni dipenuhi oleh videoclip2 dari drama korea..yaii..haha
Thursday, April 12, 2012
Hello..
ahhhh..i miss my blog so much!dah lama tidak menulis disini..sebenarnya banyak juga mau ditulis tapi entahlah..malas agaknya..hemm..agaknya apa pulak??memang sah, terang dan nyata malasnya..bayangkan tahun 2012 ni cuma ada beberapa entri ja..huhu..kesian blog saya terabai..oklah, where do i start?emm sekarang dah masuk dan hampir pertengahan bulan April..whooaaaa..macam baru ja sambut tahun baru 2012 hari tu..bulan april.banyak memori kalau sebut bulan april..macam2 ada..paling manis pun ada, paling pahit pun ada..tapi rasa2, apa yang patut diingat lebih?emmm..mestilah paling manis kan?Bulan april menyaksikan permulaan kepada sebuah persahabatan dan juga pengakhiran sebuah cerita..awww..apakah???tapi saya lebih mengingati permulaan sebuah persahabatan kerana sampai saat ini jalinan persahabatan itu masih utuh dan lebih bermakna..bagi cerita yang telah berakhir..biarkanlah ianya berakhir..terhapus oleh waktu, masa, saat,dan ketika..adoiiii..lirik lagu mana lagi yg sy copy paste ni..hehe..tapi itulah april bagi saya..setiap tahun, bulan april sentiasa memberikan 'sesuatu' yang boleh saya ingati saban tahun..tahun ni apa pula ya?ntahlah..macam tiada apa2pun..sabo jelah :) byeeee..
Saturday, February 4, 2012
2012
Assalamualaikum..macam tidak percaya ja sekarang ni dah masuk bulan Februari 2012...awww..masa makin bergerak dengan pantasss!!ok..sepanjang tahun 2012, apa yang telah saya lakukan??emmm..bulan januari yang lalu, saya sudah start ke gymnasium..muahahaha..ya betulll...saya pegi gym..semua tu hasil pujukan dan ajakan my colleague, Adilla..selalunya kalau mahu bersenam, saya akan ke Kompleks Sukan..tapi tahun ni tukar sikit la..setiap petang lepas habis kerja, insyaallah kalau tiada aral melintang, saya terus ke gym..selalunya lepas stretching dan warm up, saya terus ikut sessi erobik..high impact punya earobik juga lah..kadang2 sampai semput juga lah..hehe..lepas 30 mins senamrobik, saya pegi ke station multi-gym..hehe..mau build muscle konon..kalau masih ok, saya pi ke mesin treadmill..kalau x berlari,saya jalan ja atas tu..oh ya..tahun ni saya berharap sangat dapat mendaki Gunung Kinabalu..that is my wish dan dream before i'm reaching 30..hukhuk..itu salah satu perkara yang membuatkan saya bersemangat..hehe..doakan ya?
amacam?ada gaya tak?haha...tuala pink tu paling mahal..banyak jasanya kepada ku :)
amacam?ada gaya tak?haha...tuala pink tu paling mahal..banyak jasanya kepada ku :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
speechless (How to help someone who is grieving)
Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...
-
Hello everybody..apa khabar? how are you?..Have you heard of Agnes Keith before?Siapa itu Agnes Keith? Beliau adalah penulis buku 'Land ...
-
Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tenta...
-
Hari ni, kebetulan pula kami turun kat Tamu Kota Belud..Ehhh..unduk ngadau lagi???yaa..snap snap lagiiii..walaupun hanya separuh sahaja yang...