KISAH Nabi Ibrahim yang sanggup ‘mengorbankan’ anaknya, Nabi Ismail demi melaksanakan perintah Allah menjadi ingatan dan iktibar setiap kali musim haji dan sambutan Aidiladha. Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Ismail untuk melaksanakan perintah Allah itu adalah simbolik kepada ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam. Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya
Nabi Ismail, baginda membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan
100 unta di jalan Allah.
Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka manusia dan malaikat kagum dan kehairanan. Nabi Ibrahim bersabda: “Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku.
Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan kusembelih di
jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah.”
Ketika Nabi Ibrahim tiba di Iradhil Muqaddasah (bumi yang disucikan), baginda
memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak dan Allah mengabulkan
permohonannya. Akhirnya, baginda dikurniakan seorang anak lelaki.
Tatkala, anaknya iaitu Nabi Ismail pandai berjalan dan berusia tujuh tahun (sesetengah
sirah menerangkan 13 tahun), Nabi Ibrahim mendapat mimpi iaitu baginda mendengar
suara yang berkata: “Hai Ibrahim, tunaikan nazar kamu!”
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim berfikir: “Apakah mimpi itu datangnya daripada Allah atau syaitan?” Selanjutnya, pada malam kedua, Nabi Ibrahim bermimpi lagi, sama seperti mimpinya
terdahulu. Maka, keesokan harinya, baginda tahu bahawa mimpinya itu adalah daripada
Allah.
Pada malam ketiganya, beliau bermimpi lagi seperti sebelumnya hingga Nabi Ibrahim
pasti bahawa mimpi itu datang daripada Allah yang bermaksud baginda perlu
menunaikan nazar dengan menyembelih anaknya sebagaimana yang dijanjikan.
Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi melaksanakan penyembelihan, beliau berkata kepada
ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar yang berbunyi: “Hai Hajar, pakaikan anakmu Ismail
dengan pakaian yang paling baik dan bagus kerana aku akan pergi dengannya.”
Maka, Siti Hajar memakaikan pakaian, memberi haruman dan membersihkan tubuh anaknya sebelum menyerahkannya kepada suaminya. Kemudian, Nabi Ibrahim pergi bersama anaknya dengan membawa tali dan pisau yang
tajam berhampiran Mina.
Ketika itu, musuh Allah iaitu iblis terkutuk sudah sedia menanti untuk menggoda dan dia tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Dalam perjalanan Nabi Ibrahim ke Mina, Nabi Ismail kelihatan ceria dan sering berlari meloncat ke hadapan ayahnya. Maka, iblis berkata kepada Nabi Ibrahim: “Wahai Ibrahim, apakah engkau tidak memperlihatkan betapa tampan parasnya, bagus badannya dan kesantunan peri lakunya?”
Kata Nabi Ibrahim: “Ya, tetapi aku diperintah Tuhanku untuk itu.”
Ketika iblis terkutuk itu putus asa terhadap Nabi Ibrahim, lalu dia pergi mendapatkan Siti
Hajar dan berkata: “Wahai Hajar, bagaimana boleh engkau duduk-duduk saja, sedangkan Ibrahim sudah pun pergi dengan anakmu dan akan menyembelihnya?” Kata Siti Hajar: “Jangan engkau berdusta, aku tidak pernah tahu seorang ayah sanggup menyembelih anaknya sendiri.” “Itulah sebabnya dia keluar dengan anakmu membawa tali dan pisau. Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu,” katanya iblis. Siti Hajar menjawab: “Nabi itu tidak pernah diperintah untuk sesuatu yang batil dan saya
sendiri bersedia untuk menebus perintah itu dengan jiwa sendiri, betapa pula jika hanya
dengan jiwa anakku?”
Ketika iblis terkutuk berputus asa terhadap Siti Hajar, maka dia pergi kepada Nabi Ismail
seraya berkata: “Sungguh engkau bersenang-senang, sedangkan ayah kamu membawa
tali dan pisau untuk menyembelih kamu.”
Nabi Ismail berkata: “Jangan engkau berdusta, mengapa ayah aku akan menyembelihku?”
Iblis menjawab: “Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu.”
Nabi Ismail berkata: “Aku memperhatikan dan mentaati perintah Tuhanku.”
Ketika iblis terkutuk itu cuba untuk melontarkan godaan yang lain, maka terlebih dulu
Nabi Ismail mengambil seketul batu dan melemparkannya kepada iblis sehingga mata kirinya pecah dan buta. Lalu dia pergi dengan sia-sia lagi rugi. Ketika Nabi Ibrahim tiba di Mina, baginda berkata kepada puteranya: “Hai anakku,
sungguh aku melihat dalam tidurku (dalam mimpi aku) bahawa aku menyembelih
engkau, cuba engkau pula perhatikan bagaimana pendapat kamu?”
Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah
ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang
diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.”
Tatkala Nabi Ibrahim mendengar kata-kata puteranya, baginda tahu bahawa doanya
kepada Allah sudah dikabulkan iaitu: “Rabbi Hablii Minash Shalihiin (Ya Tuhanku,
berikanlah kepada anak yang soleh).”
Kemudian Nabi Ismail berkata kepada ayahnya: “Wahai ayah, aku sampaikan beberapa
pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak
yang mungkin menyakitkan ayah;
“Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku; “Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun
sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia
menjadi susah.
“Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher aku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali. “Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta
sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap
perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih
aku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
“Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu
sedih mengenangkan aku. Dan ayah mengetahui anak seperti aku hendaklah ayah tidak
melihatnya hingga nanti ayah menjadi susah dan duka.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.” Kemudian ketika kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah, Nabi Ibrahim membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih. Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya
supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga dapat
menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah.
NABI Ibrahim sedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail seperti yang diperintah oleh Allah. Kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah. Nabi Ibrahim kemudian membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih. Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya.
Perkara ini supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga
dapat menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah
more... Perintah itu dilaksanakan pada sisi batu besar di Mina. Ada yang menerangkan di suatu tempat yang dekat dengan Mina. Nabi Ibrahim meletakkan pisau pada leher puteranya, maka baginda memotongnya dengan sangat kuat sekali, namun ia masih tidak mampu memutuskan leher anaknya. Sesungguhnya, Allah membuka tutup mata malaikat di langit dan laut. Ketika malaikat
melihat bahawa Nabi Ibrahim menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, mereka
tersungkur sujud kepada Allah.
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku,
bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap
keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan sesuatu ketika Aku berfirman:
‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah.’ Engkau berkata:
‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan
menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”
Kemudian Nabi Ismail berkata: “Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku
supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa, ertinya terpaksa dalam
mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu,
bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya
sendiri atau dengan sukarela.”
Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan,
serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat
tenaganya.
Pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah. “Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana masih ada cintamu kepadaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelih aku,” kata Nabi Ismail. Maka, Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
“Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher anakku,” kata Nabi Ibrahim. Pisau itu berkata dengan izin Allah: “Wahai Ibrahim, engkau mengatakan ‘potonglah’
sedang Tuhan seru sekalian alam berfirman: ‘Jangan engkau potong’. Maka bagaimana
aku mentaati engkau, sedang aku harus menderhakai Tuhan engkau?”
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami menyeru: Hai Ibrahim, sungguh
engkau membenarkan mimpi. Ertinya, apa-apa yang engkau perlihatkan daripada
beberapa pemandangan, hingga tampak bagi hamba-Ku, bahawa engkau sungguh-
sungguh memiliki keredaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anakmu.
“Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada
perintah-Ku. Sungguh, ini adalah ujian yang nyata, iaitu penyembelihan itu adalah ujian
yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas, dari yang tidak ikhlas atau juga ujian
yang nyata sulit sekali, kerana tidak ada yang sesulit itu.
“Maka, Kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar
dari syurga, iaitu kambing kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima
daripadanya. Dan korban kambing itu tetap berada di syurga, hingga Nabi Ismail ditebus
atau digantikan dengan kambing itu.
“Kerana itu, kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kambing
kibas, ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya
itu.”
Malaikat Jibril berseru untuk mengagungkan Allah dan kagum terhadap perbuatan Ibrahim seraya berucap: “Allahu, Akbar, Allahhu Akbar.” Maka, Nabi Ibrahim membalasnya dengan ucapan: “Laa Ilaha Illallaahu Allahu Akbar.”
Dan Nabi Ismail pun menyambutnya: “Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”
Maka, Allah menganggap baik kalimat ini, lalu mewajibkan kita sekalian
mengucapkannya kerana mengikuti jejak Nabi Ibrahim.
Subhanallah..
web Rujukan: http://www.scribd.com/doc/7898509/KISAH-Nabi-Ibrahim-Yang-Sanggup
Sunday, October 30, 2011
Ibadah Korban ( part 4 )
HIKMAH IBADAH QURBAN
Di antara hikmah yang diperolehi daripada ibadah qurban ini amat besar antaranya:
1. Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah SAW: Maksudnya: "Qurban itu bagi tuannya
dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan alHakim)
2. Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya:
"Hai Fatimah, berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan
darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".
(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Sabda Rasullah SAW: Maksudnya: "Wahai
manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan7
darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan
mengambil tempat yangmulia di sisi Allah AzzaWajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
4. Rasullah SAWpernah bersabda: Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari
Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada
menumpahkan darah (menyembelih qurban). Bahawa qurban itu datang pada hari kiamat
dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah qurban
itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka
hendaklah kamu buat qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
5. Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ’anhu katanya, sabda Nabi SAW:Maksudnya:
"Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya,
janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".
6. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi IbarahimAS yang sangup menyahut perintah Allah
Ta’ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS.
7. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah ruah.
8. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
Rujukan :http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/dokumen/ibadahqurbanaqiqah.PDF

Ibadah Korban ( part 3 )
HUKUM DAGING QURBAN
1) QurbanWajib danQurban Nazar :
Bagi daging qurban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib
disedekahkan kesemuanya. Haramke atas orang yang berqurban itu memakan daging tersebut.
Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia
menyembelih semula yang lain.
2) Qurban Sunat :
Bagi daging qurban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya qurban memakan
sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta’ala dalamSurah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang
sangat fakir.
Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging qurban sunat itu kepada golongan
fakir danmiskin yang beragama Islamdalamkeadaanmentah lagi basah (belumdimasak).6
Adalah Afdhal jika yang empunya qurban itu hanya mengambil sedikit daripada daging qurban
berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan
akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau
menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
Jika daging qurban itu ialah qurban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal
dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat qurban untuknya dan tidak
boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
Harammenyedekah ataumenghadiahkan daging qurban kepada orang kafir walaupun sedikit.
Begitu juga tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum
zakat. Haramjuga hukumnya ke atas orang yang berqurban atau warisnya menjual daging qurban
itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang qurban itu sebagaimana sabda
Rasullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam yang bermaksud "Siapa yangmenjual kulit qurban (udhiyyah)
itumaka tiada dikira qurban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
Begitu juga halnya, haram menjadikan kulit dan daging binatang qurban itu sebagai upah
kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Korban ( part 2 )
SYARAT ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN
• Para ulamamenganjurkan agar yangmelakukan penyembelihan adalah orang yang berqurban
itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan
harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang
mengetahui akan hukum-hakammengenai korban.
• Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk
menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir danmenyaksikan
penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.
• Makruh hukumnyamewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.
Rujukan: http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/dokumen/ibadahqurbanaqiqah.PDF

Korban..
Assalamualaikum..apa khabar?baru sy sedar..tahun ni entry kat blog ni sangat la ciput..compared to last year, jauh bebenor bezanya..kenapakah ni boleh berlaku??emmm..busy sangatkah aku?..haha..busy laaa sangattt..eh, Hari Raya Aidiladha dah tak lama lagi..minggu depan ja..sempena mengingati Hari Raya Korban yang just sround the corner, jom buat revision balik ttg ibadah korban ni..
PENGERTIANQURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan
yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing
pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhi ah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13
Zulhi ah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUMMELAKUKANIBADAHQURBAN
1) Sunat
• Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah Sunat Muakkadah
iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang
merdeka, berakal, baligh lagi rasyid (cerdik) serta berkemampuan melakukannya sama
ada sedangmengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
2) Makruh
• Makruhmeninggalkan ibadah ini bagi orang yangmampumelakukannya.
3) Wajib
• Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk
melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta’yin) untuk melaksanakannya seperti
seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Daging qurban wajib tidak dibenarkan
untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya
4) Haram
• Jika tidak dilakukan oleh orang yang bernazar untuk melakukannya.
DALILIBADAHQURBAN
Qurban sangat dituntut dalamIslam. Dalil yangmenerangkan waktu korban ialah
firman Allah s.w.t.:
Ertinya: "Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berqurbanlah kerana-Nya."
Ertinya: "Daging dan darah binatang qurban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
SYARATSAHQURBAN
1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada
kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau
memudaratkan kesihatan.
2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban iaitu:
o Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr atau Idul Adha pada (10 Zulhijjah)3
o Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki
dari ufuk.
o Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenammatahari pada 13 Zulhijjah
3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
SYARAT BINATANG QURBAN
Ulama’ bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang
diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama
ada jantan atau betina. Di antara syarat-syaratnya adalah:
1. Unta - berumur 5 tahunmasuk ke 6 tahun.
2. Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun lebih.
3. Biri-biri/kibas - Setahunmasuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belumcukup
setahun tetapi melebihi 6 bulan.
4. Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor,
gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya. Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati
oleh Ulama’yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra’ bin Azib iaitu
sabda Rasullah SAWyang bermaksud : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban
iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
Daripada hadith di atas Ulama’ telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya
atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:
1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang
terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walaupun sedikit.
4. Haiwan yang barumelahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.4
6. Buta sebelahmata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang
Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut,
wajarlah diamelaksanakannya.
5. Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi
zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
6. Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan
yang terbelah atau bertebuk telinganya.
7. Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga
yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya
bermaksud aqiqah dan yang lainnya keranamahukan dagingnya sahaja.
8. Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi
dengan orang lain dalampahala berqurban dengan seekor korban itu.
9. Adalah afdhal dibuat qurban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk
dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
10. Berqurban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana
daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
11. Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang
dikongsi oleh tujuh orang.
(to be continue..)

Saturday, October 22, 2011
sindiran..
wahh..kecilnya skrin ini.buat kali pertama saya berblogging dan menulis entry kat handphone..terasa macam tulis sms je..ok, berbalik kpda tajuk diatas,..sindiran..omg! Sy sangat2 dan teramat bencikan kata2 sindiran..sy hairan mcamana org begitu tergamak menuturkan kata2 sindiran..pedihnya hati bila mendengarnya..tapi kalau sindir student spaya dorang lebih perform dgn baik,ok kot..hehe..teringt kata2 sindiran seorang staff di tempat kerja yang ditujukan kepada staff sy yang baru bertugas..dia tidak mengenali staff berkenaan dan staff tersebut pun complant kat orang lain..'eh, dia tidak kenal saya?selalu juga saya nampak dia..kenapa?masa dia jalan,mata dia letak di atas?and bla bla bla..' c'mon la..sy rasa sindiran ni just melukakan hati org twice.kalau tegur ja, sekali ja sakit hati..kalau disulami lagi dengan kata2 sindiran,double sakit hatinya..emmm..see ya..tata..jauhi perbuatan sindir menyindir yer..
Thursday, October 13, 2011
seafood Fiesta!
Hi all..aduhh..minggu ni dan beberapa minggu yang lalu adalah minggu tersibuk pada tahun ini..time Akreditasi pun rasanya tidak sesibuk ini..ehh tidak..Akrediatasi lagi teruk...sampai saya tidak tido malam..buat kerja sampai ke subuh..ngam2 time puasa pla tu..terus la sahur..tapi aktiviti 5S ni susah nak bawa balik kerja..lain lah kalau dokumen2..tak sempat siapkan pada waktu pejabat, terpaksa bawa balik ke rumah..untuk aktiviti 5S, kami kena siapkan sudut 5S untuk Hospital..sehari sebelum penailaian, kami berkampung kat tempat kerja..waktu siang, masa dihabiskan di zon masing2 dan pada sebelah malamnya, kami habiskan masa untuk membuat paparan sudut 5s..malam sebelum penilaian tu, kami balik ke rumah pun dah dekat2 jam 12 t/malam..wah wah wah..bukan rajin yer..tapi last minute!hahaha..padan muka kitorang..Penilaian 5S hospital kami dibuat dari pihak MAMPU cawangan Sabah..haaa..lain cerita, auditor dia muda2 lagi tu..hensemm..hahahahahahaha..ada2 sajalah..pada malam penilaian itu, pengarah kami telah bermurah hati membawa kami pergi dinner dengan auditor2..woww!seafood!lumayan!fresh2 pula tu!kalau siapa2 yang ada penyakit gout..hemmm jangan harap la nak makan seafood2 ni yer?silap2 haribulan, esok tak dapat jalan..GDL la katakan..gout datang lagiii...haha..oklah..jom tengok gambar makanan..heee..ada Udang masak butter, ayam vietnam, scallop, ikan masak steam, kari ketam, sup jagung...semua masuk perut saya..muahahahaha..lumayannn...
Yummyyyy....
ketam mariii...
the foods..again..
the auditors and our pengarah
orang2 kuat 5S hospital Kudat..yihaaaaa!!!
apapun, stukur alhamdulillah..selepas berhempas pulas, mengerah tenaga dan fulus pun banyak terbang beli itu ini...akhirnya, berjaya juga kami melepasi cabaran kali ni..yeahh sijil valid for 2 years..tapi lepas ni turn saya pula pening kepala..sebab saya Jk Pengekalan..wahai warga hosp kudat..jangan tido ya?sentiasa amalkan amalan 5S di tempat kerja anda...tataaaa..

Saturday, October 1, 2011
Emas lagii...
Harga emas sudah turun?????laaaa...pandai gak turun rupanya..isk3..hari ni harga dia rm189/gram...still mahal tapi better compare to the last time..aiyayayai...mau beli tapi alum cukup usin..huhuhu..kot2 sok lusa harga dia naik balik..adehhh..menyesal rasa beli hari tu tapi pa boleh buat lah..dah terbeli..huhu..agak2, harga emas akan turun lagi ke ek???emmmm...harap2 lah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
speechless (How to help someone who is grieving)
Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...
-
Hello everybody..apa khabar? how are you?..Have you heard of Agnes Keith before?Siapa itu Agnes Keith? Beliau adalah penulis buku 'Land ...
-
Hello Everybody...Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tidak seberapa ini. Di ruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tenta...
-
Hari ni, kebetulan pula kami turun kat Tamu Kota Belud..Ehhh..unduk ngadau lagi???yaa..snap snap lagiiii..walaupun hanya separuh sahaja yang...