Wednesday, September 16, 2009

Nur Hakim

Hello Everybody..Terima kasih kerana sudi menatap blog ku yang tidak seberapa ini. Diruangan kali ini, aku ingin berkongsi cerita tentang kisah pesakit cilik yang akan ku ingat selama-lamanya.
Nur Hakim. Pertama kali mengenali c hakim adalah pada tahun 2003 di Hospital Queen Elizabeth. Masa tu, c hakim masih baby dan keadaannya sangat kritikal dan sudah di isu DIL..kasihan sungguh bayi kecil ini. sudahlah keluar masuk ICU, macam2 lagi jangkitan yang menyerang termasuklah MRSA..masa itu aku masih lagi pelatih fisioterapi yang membuat latihan praktikal.
Waktu berlalu...Selepas tamat pengajian, aku ditugaskan di Hospital Kudat. Semasa membuat rawatan Chest Physio di wad kanak-kanak, aku terserempak lagi dengan c hakim..hati kecilku berkata, oo..survive juga rupanya baby yang dulu sangat kritikal itu..tapi sekarang c Hakim sudah besar. sudah boleh berlari2 macam kanak-kanak yang lain. cuma bezanya, corong oksigen sentiasa melekat di hidungnya..dipendekkan cerita, c hakim ni sangat rapat dengan ku..apa tidaknya, boleh dikatakan setiap bulan dia dimasukkan ke wad. semuanya akibat jangkitan paru-paru..setiap bulan jugalah kami menerima referral letter untuk rawatan chest physio untuk c Hakim..c Hakim ni bijak juga..demanding pula tu..dia selalu merengek..mak, akim mau kakak zia yang buat suction..memilih..tapi mungkin juga aku sudah biasa melakukan prosedur suctioning untuknya dan aku sudah peka dengan anatomi hidungnya. jadi, tiub suction tu lancar ja masuk ke rongga hidungnya..Mak c hakim pun sudah sedia maklum..asalkan sahaja c hakim ni masuk wad, siap buat request lagi, mau chest physio..
Tahun demi tahun, c hakim semakin membesar. semakin petah berkata-kata..asalkan sahaja ternampak kelibat ku, terus dia menjerit,..mak..tu na c kakak zia...dan berlari kearah ku..hakim hakim..makin nakal pla tu..pandai mengusik aku..semasa sessi suctioning..tiba-tiba aduiiiii!!!jeritnya..aku jadi cemas..kenapa kim??..tanya ku...dia dengan selamba, ketawa...tau lah..dia sengaja menakutkan aku....
Bila ku belek case note c Hakim, emmm..banyaknya masalah anak kecil ini..sudahlah menghidap Chronic Lung Disease, newly diagnosed for Cor Pulmonale lagi...kasihan..
Hari itu, c hakim masuk ke wad lagi. keadaannya agak teruk dan dirujuk ke Hospital Pakar Likas ( Kini Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah )untuk rawatan selanjutnya...selepas itu, aku tidak tahu lagi perkembangan hakim..makin okey atau tidak...
Pada satu petang, teman serumahku, dr.anje mengkhabarkan satu berita..zie, c hakim sudah tiada..............................aku terdiam..................seraya berkata dalam hati...innalillah................. perasaan sayu tiba-tiba bertandang dihati..terbayang senyuman c hakim, matanya yang bulat, kepetahannya berkata-kata, cara dia memanggilku..kakak zia, kakak, zia akim mau suction....nampaknya Tuhan lebih menyayangi dia...
Untuk mu, Nur Hakim Kusungan....Al-Fatihah...

6 comments:

windi said...

sayu pula membacanya...

zie said...

saya pun sayu..huhuhu

Kak Imun said...

Oh, sayunya hati ini..

zie said...

kecian kan..

Pa'al said...

zie,

cerita nur hakim ni. aku pun ada versi aku, ko tau. si akim ni hampir seumur dgn rory daniella, tp dia tua sikit. masa daniella masuk ICU d HQE, akim ada sana, satu wad, sbelah katil. jadi jiran kami. selama hampir sebulan d wad aku sayu btul tengok anak2 di wad tu, kena jarum kena cucuk, kena sedut..macam2 la (pemandangan biasa d wad, kan ..)anyway, aku pula rasa sayu tgk anak sendiri yg juga dpt nasib yg sama dgn budak2 lain dan akim. mak akim n bapa dia pun agak slalu jg bebual2 dgn aku, trutamnya mak aku la. sebagai medical social worker d hospital (tempat keja kita tu..hehe) aku tejumpa akim, selalu sgt, mcm tiap2 tahun n bulan, jumpa dia. sampai satu ari, daniella masuk wad lg n kmdian di diagnoskan sbg Cerebral Palsy.daniella pun slalu admit wad mcm yg ko tau kan, kerap sgt masuk wad. kdg2 d wad, tejaga aku d tengah mlm2 buta, ada admission baru-rupanya dia- si akim.nurse kata, si akim dtg ampus.sampailah daniella mhembuskan nafas terakhir sept thn lalu dan aku pindah kk, baru skrg aku dengar cerita si akim. malangnya, akim juga suda tiada. mungkin daniella sda bjumpa akim, sekali lagi.kali ni mungkin daniella yang hanya baring selama 4 tahun 10 bulan tu sudah sudah dapat bermain bsama akim. dan akim pun x mungkin semput nafasnya lagi mcm slalu. dulu masa d dunia ni, diorang x dapat bemain besama,kan? menitis airmata. tq zie.

zie said...

Moi..berat mata saya memandang, berat lagi bahu yang memikul kan..saya kagum dengan ketabahan dan kekuatan ko, mama akim, mama aleya dan ramai lagi ibu2 yang bersengkang mata menjaga anak2 istimewa ini.......sayu hati saya..

speechless (How to help someone who is grieving)

Heyy blog..since i promise myself to start writing in this online diary,yeaa here i am..you know what..last week i witness another lost in t...